Semalam, pihak berkuasa Israel telah dikejutkan dengan tindakan 6 orang tahanan warga Palestin yang berjaya meloloskan diri dari penjara yang ketat kawalannya di Israel.
Menurut BBC, tahanan tersebut dipercayai telah menggali lubang kecil di lantai bilik air sel tahanan mereka dekat Penjara Gilboa dan kemudian merangkak keluar menerusi terowong yang dibina di bawah tanah.
Kisah ini juga telah dikongsikan oleh Nadir Al Nuri menerusi Instagram yang berkata, tahanan tersebut rupa-rupanya mengambil masa setahun untuk menggali lubang atau terowong itu.
Mereka juga difahamkan telah berjaya sampai ke Jenin, Palestin dan kegiatan mencari tahanan yang lolos ini agak sukar memandangkan Jenin adalah kawasan yang diduduki penduduk Palestin yang terkenal dengan sikap berani bangkit.
Gali lubang hanya guna sudu?
Menurut laporan media, beberapa orang tahanan yang lolos itu sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan salah seorangnya adalah ahli kumpulan Bridged Al Qassam.
Lebih mengejutkan terowong yang dibina di bawah sinki di dalam bilik penjara itu telah digali menggunakan sudu yang telah berkarat.
Terowong itu dibina di bawah sinki di dalam bilik penjara yang dikongsi mereka. Siasatan lanjut juga mendapati alat yang digunakan untuk membuat terowong itu hanyalah SUDU yang telah berkarat. Pegawai penjara mula menyedari apabila melihat 6 orang tahanan itu berlari atas padang. pic.twitter.com/Jm1dMtIaT9
— Ikhwan (@JatIkhwan) September 6, 2021
Pegawai penjara juga dikatakan mula menyedari mereka berenam lolos dari penjara apabila melihat lelaki-lelaki terbabit berlari di atas padang.
Susulan itu, Israel telah mengadakan misi pencarian besar-besaran dengan meletakkan sekatan jalan dalam radius 14 km dari penjara.
Mereka juga telah memindahkan hampir 400 tahanan di Penjara Gilboa ke penjara lain kerana ditakuti terowong serupa pula dibuat di penjara tersebut lagi.
Apa-apapun pada ketika ini ramai yang mendoakan semoga enam tahanan tersebut terus selamat selepas berjaya meloloskan diri keluar dari penjara Israel.
Semoga rakyat Palestin terus kuat!
Baca: Raikan Sokongan 40 Tahun, Jalan Di Palestin Dinamakan ‘Jalan Malaysia’