in

Raikan Sokongan 40 Tahun, Jalan Di Palestin Dinamakan ‘Jalan Malaysia’

Malaysia Street Di Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan hari kemerdekaan ke-64 negara baru-baru ini mungkin tidak semeriah biasa, tiada pertunjukan bunga api mahupun program-program lain yang dianjurkan.


Walaupun begitu, ‘sambutan’ hari kemerdekaan negara baru-baru ini diraikan dengan meriah di salah satu kawasan yang difahamkan di sebelah barat Gaza, Palestin.

Menerusi hantaran di Twitter oleh ketua Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran difahamkan pihak perbandaran Gaza telah menukar salah sebuah jalan di kawasan tersebut dan menamakannya semula sebagai ‘Malaysia Street’. 

Malaysia Street

Papan tanda dwi bahasa tersebut difahamkan turut menceritakan secara ringkas tentang kemerdekaan negara dari penjajahan pihak British selain menjelaskan hubungan baik negara Malaysia dan Palestin selain sokongan dan bantuan yang diberikan terhadap negara berkenaan.

Perasmian Malaysia Street

“Pihak perbandaran Gaza menamakan sebuah jalan sebagai ‘Malaysia Street’ sebagai tanda memperingati kemerdekaan Malaysia hari ini”

Selain itu, penamaan semula jalan berhampiran bulatan Ansar di tebing barat tersebut difahamkan sebagai tanda ‘terima kasih’ kepada kerajaan Malaysia yang sudah memasuki 40 tahun menentang penindasan yang dilakukan Israel kepada negara berkenaan.

Lebih menarik, penamaan semula jalan berkenaan dilakukan semasa sambutan hari kemerdekaan ke-64 Malaysia di Palestin dan ianya sebagai tanda balas kepada ‘Jalan Palestin‘ yang terdapat di Malaysia.

Selain itu, lagu kebangsaan ‘Negaraku’ turut dimainkan sepanjang jalan selain turut dinyanyikan oleh rakyat Palestin ketika sambutan tersebut diadakan. Kelihatan juga bendera Malaysia dikibar sepanjang lagu tersebut dimainkan.

Dalam masa yang sama, ketua Pertubuhan Kebudayaan Palestin tersebut turut berharap agar negara mereka akan kecapi merdeka seperti Malaysia selain ‘menjemput’ rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan kemerdekaan kedua buah negara di sana suatu hari nanti.

Baca : Nadir Al-Nuri Jelas Isu Sumbangan RM20 Juta Setahun, Siap Sertakan Laporan Kewangan

Nadir Al Nuri Ft Image

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.