in

“Teruknya perangai!” – Lima Budak Lelaki Sekecil 12 Tahun ‘Kerjakan’ Wanita Kurang Upaya Beramai-ramai Di Taman Permainan

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin tak terfikir macam mana budak-budak kecil bawah 15 tahun boleh terfikir sampai nak merogol orang. Tapi dengan kemudahan teknologi sekarang ni memang tak mustahil dorang senang terdedah dengan benda-benda tak senonoh kalau tak ada kawalan.


Menurut Mirror, sekumpulan budak lelaki berusia 12 dan 14 tahun telah ditahan kerana disyaki telah merogol seorang remaja kurang upaya secara berkumpulan di taman permainan. Ya Allah, apa teruk sangat?!

Insiden mengejutkan ini dikatakan berlaku pada petang Jumaat di Muelheim, Jerman.

1 Pay Cen Youthgangrapist 01

Difahamkan, sekumpulan budak lelaki ni terdiri daripada tiga orang budak berusia 14 tahun dan dua berusia 12 telah ‘memancing’ remaja kurang upaya ini ke taman permainan di sana.

Mereka kemudiannya dikatakan telah menyerang wanita ini dan menyeretnya ke dalam semak sambil merakamkan perbuatan keji mereka menggunakan telefon.

Orang yang tinggal berdekatan sedar sesuatu berlaku di belakang rumah mereka ini apabila anjing-anjing mereka tak berhenti menyalak.

Lepas lebih kurang satu jam, seorang lelaki berusia 61 tahun berjalan keluar rumah dan berjalan ke semak dan melaporkan dia nampak seorang wanita dan dua suspek yang terus berlari dari tempat kejadian.

0 Pay Cen Youthgangrapist 05

Lelaki tersebut kemudian menelefon pihak polis sebelum mereka tiba dan membawa wanita ini ke hospital berdekatan.

Remaja kurang upaya ini memberikan deskripsi terperinci tentang penyerang-penyerangnya sebelum polis menahan lima suspek.

Kalau korang nak tahu, dekat Jerman kanak-kanak bawah 14 tahun tak boleh didakwa, jadi dua budak 12 tahun dihantar semula ke rumah ibu bapa mereka.

0 Pay Cen Youthgangrapist 02

Tiga budak lelaki 14 tahun ditahan di lokap semalaman sebelum dijamin oleh ibu bapa mereka.

Polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini mengatakan yang mereka tak ada peluang untuk berjaya dalam kes ini. Whattt

Kerana keadaan undang-undang di negara ni. Susah untuk kita bawa suspek semuda mereka untuk didakwa.”

Menurut media tempatan, lima suspek ini dikatakan berasal dari Bulgaria dan mereka dikatakan mempunyai talian persaudaraan.

Tak kan tak ada keadilan untuk wanita kurang upaya ni? Teruk kot apa yang dorang buat.

 

Baca: “Dia bukak seluar dan mula peluk saya” – Wanita Hampir Dirogol Pemandu Masa Naik Bas Waktu Malam Di JB

Screenshot 2019 07 18 At 4.00.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.