in

Akta Baharu Australia, Haramkan Penggunaan Media Sosial Untuk Individu Bawah 16 Tahun

4Ms

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khamis lalu, kerajaan Australia telah larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak berumur bawah 16 tahun.

Memetik laporan The Star, akta itu akan menyebabkan platform-platform utama media sosial seperti Instagram, Facebook Meta dan TikTok untuk mengharamkan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun menggunakannya.


Akta itu juga mengariskan sekiranya platfrom media sosial gagal mematahu larangan itu, mereka bakal berdepan denda sehingga AUD $50 juta (bersamaan kira-kira RM150 juta).

Percubaan kaedah untuk menguatkuasakan akta itu akan bermula pada Januari 2025 dengan larangan berkuat kuasa dalam setahun.

4Ms

Artikel berkaitan: Fazura Hadir Ke IPD, Buat Laporan Polis Berkaitan Fitnah Di Media Sosial

Artikel berkaitan: “Selamat tinggal, Cassius” – Buaya Paling Besar Di Dunia Dilaporkan Mati Pada Usia 110 Tahun

Akta Umur Minimum Media Sosial meletakkan Australia sebagai negara pertama yang menggubal undang-undang berkaitan larangan penggunaan media sosial.

Difahamkan, akta ini diketengahkan atas kebimbangan mengenai kesan kesihatan mental terhadap golongan muda.

Negara lain termasuk Perancis dan beberapa negeri Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang yang hampir sama seperti di Australia untuk menyekat akses untuk kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa.

Akta yang digubal oleh Australia itu menghadapi tentangan daripada beberapa kumpulan hak asasi kanak-kanak. Walau bagaimanapun, 77% daripada penduduk negara kangaru itu menginginkan ia dilaksanakan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.