in

Tertekan Takut Kena COVID-19, Businessman Bukit Mertajam Mabuk Langgar Pintu Kaca Bank

Covid Mabuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi-lagi kes mabuk kan? Dalam tempoh seminggu, mesti ada kes berkaitan pemandu mabuk yang buat hal hingga akibatkan kerosakan atau kematian pemandu lain.


Tapi kes yang kali ini lain pula ceritanya apabila seorang ahli perniagaan katanya telah memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar cermin kaca pintu hadapan bank di Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

86973455 2651061058464696 5397298037229879296 N

 

Stress kuarantin diri 14 hari takut kena COVID-19

Menurut Berita Harian, kejadian tersebut berlaku ketika ahli perniagaan tu sedang memarkir kereta Toyota Hilux untuk ke sebuah kedai serbaneka, tengah malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, lelaki berusia 45 tahun yang juga mempunyai 4 kilang besi telah mengaku dia memang dalam keadaan mabuk lepas selesai minum arak di rumahnya dekat Taman Seri Impian.

“Selain itu, lelaki tersebut mengaku dalam keadaan tertekan kerana telah kuarantin dirinya selama 14 hari akibat takut dijangkiti coronavirus COVID-19 selepas berjumpa dengan rakan-rakan perniagaannya dari China.

“Dia bagaimanapun tidak membuat sebarang pemeriksaan dengan pihak hospital kerana takut disahkan oleh doktor yang dia memang ada menghidapi penyakit tersebut,” katanya. Aduhai… 

86457517 2651060991798036 4205114535763247104 N

 

Cara memandu nampak macam sengaja langgar bank? 

Menerusi semakan kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian, pihak polis mendapati cara ahli perniagaan itu memandu dan melanggar pintu macam seolah-olah perbuatan tu dilakukan dengan sengaja dan bukan terbabas sebab kemalangan.

“Polis turut membuat semakan dengan pihak bank itu bagi memastikan sama ada lelaki itu mempunyai masalah dengan institusi kewangan tersebut sehingga sanggup bertindak sedemikian,” kata Mohd Mustafa.

86975740 2651061088464693 5685984611922870272 O

87371404 2651061035131365 8720579993836453888 O

Dalam pada tu, ahli perniagaan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan pemeriksaan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki tu adalah milik isterinya dan mempunyai 4 saman memandu laju.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Haih admin pun tak tahu nak cakap apa bila keluar isu pemandu mabuk ni.. 

Baca: “Makin banyak pulak kes driver mabuk” – Seorang Maut dan Ramai Cedera Dalam Kemalangan dengan Pemandu Mabuk di Nilai

Mabuks

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.