in

“Terpisah 8 bulan” – [VIDEO] Suami Di Singapura Hanya Mampu Lambai Keluarga Dari Seberang Tambak Untuk Lepas Rindu

Dd2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami mana yang sanggup tinggalkan keluarga dalam tempoh yang lama. Namun, disebabkan keadaan pandemik Covid-19 dan desakan kerja, ramai yang terkandas di negara seberang dan terpaksa memendam rindu kepada keluarga.


Walaupun dengan teknologi sekarang yang membolehkan kita membuat panggilan video dengan orang tersayang. Tapi manakan sama perasaannya jika dapat bertemu secara bersemuka.

Tular di Facebook baru-baru ini, video seorang suami yang sanggup melambai isteri dan anak-anaknya dari seberang tambak di Singapura.

D 3 D1 2

Mohd Izwan Sarip yang terkandas di republik itu sejak Mac lalu meminta isterinya, Liana Idris yang tinggal di Johor Bharu untuk membawa kedua-dua anaknya, di kawasan laut yang memisahkan kedua negara, supaya dia dapat melihat mereka dari jauh.

 

Melambai sambil buat video call

Menerusi posting yang dimuat naik Mohd Izwan, dia membuat panggilan video kepada isterinya, dari Woodlands Waterfront Park di Singapura.

Mohd Izwan kemudian dilihat bertanya “mana awak?” sebelum dibalas oleh isterinya, “saya kat sini, pakai baju hitam putih. Nampak tak?” sebelum dilihat berdiri di jeti dan melambaikan tangan kepada isterinya itu.

Dalam video berkenaan juga turut didengari suara dua anak Mohd Izwan yang ceria sambil berkata ‘”hai papa”.

D2 2 1 D3 1

Video berkenaan turut mengundang sebak di hati netizen yang mendoakan supaya Mohd Izwan dan keluarga terus tabah sehingga sempadan kedua negara dibuka nanti.

Untuk rekod, sempadan Malaysia dan Singapura ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan18 Mac lalu, bagi mengekang penularan Covid-19.

Video penuh korang boleh tengok di sini.

 

Min yang belum kahwin ni pun sebak tengok. Semoga mereka yang terpisah di luar negara harapnya terus kuat dan berdoa agar keadaan kembali seperti sedia kala.

Baca: Isteri Menangis Jumpa Lipstik Perempuan Lain Dalam Kereta Suami, Tapi Bila Tanya Suami Ketawa Je

D4 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.