in

[TERKINI] YDP Agong Isytihar Darurat di Parlimen Gerik, Perak & DUN Bugaya, Sabah, PRK di Dua Kawasan Dibatalkan

Prk Batal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini perkenan mengisytiharkan darurat bagi Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah. 



Menurut Berita Harian, perkara ini telah dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasminya berkata, pengisytiharan darurat ini membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik dan Bugaya dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Terdahulu, PRK bagi Parlimen Gerik (P.054) dan Bugaya (N.66) telah dijadualkan berlangsung pada 16 Januari 2021.

Melihatkan keadaan situasi pandemik COVID 19 yang masih menular di negara ini, keputusan membatalkan kedua-dua pilihan raya itu dilihat yang terbaik demi mengelakkan faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.

Baca: [TERKINI] PRK Dibatalkan, Agong Isytihar Darurat Di Parlimen Batu Sapi, Sabah

Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.