in

[TERKINI] PRK Dibatalkan, Agong Isytihar Darurat Di Parlimen Batu Sapi, Sabah

Agong3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.


Menerusi kenyataan rasmi dariapda Istana Negara, segala prosiding yang telah bermula bagi maksud perjalanan PRK bagi P.186, Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang ke-empat penularan wabak Covid-19 dan satu tarikh lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut.

 

Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi P.185 Batu Sapi, Sabah dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.”

Malah, perkenan Seri Paduka Baginda ini dilakukan setelah mengambil iktibar dan pengalaman dari PRU Negeri Sabah ke – 16 yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan Covid-19 di negara.

Susulan itu, baginda menasihati rakyat jelata untuk berdisiplin dalam memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak ini demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara.

125826336 229515451932326 6054938050981193539 O

125420174 229515475265657 5553721517846588218 O

 

Baca : Isu YDP Agong Tidak Isytihar Darurat, Peguam Failkan Saman Atas Dakwaan Tidak Terima Cadangan Kerajaan

Agong

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.