Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan dalam sidang media khas sebentar tadi berkaitan isu rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman.
Menurut Harian Metro, peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah sebanyak RM150,000 kepada 50 lelaki untuk ceroboh dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Isnin lalu.
Siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Isnin lalu. – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
— Harian Metro (@hmetromy) November 28, 2018
Peguam ditahan bersama 21 orang bagi bantu siasatan
Menurut Muhyiddin, dua peguam pemaju One City Development Sdn Bhd antara 21 orang yang telah ditahan bagi membantu siasatan berkaitan insiden rusuhan berkenaan.
Hasil penangkapan ini juga adalah berdasarkan siasatan polis susulan kejadian tersebut berlaku.
Harap-harap mereka yang bertanggungjawab lakukan kekecohan ini dibawa ke muka pengadilan.
Baca: Patah Tulang Rusuk & Kecederaan Dalaman, Anggota Bomba Parah Dibelasah Perusuh Kuil Maha Mariamman