in

[TERKINI] PKPB di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Bermula 14 Oktober Ini

Ddd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Keselamatan Negara hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 12.00 tengah malam pada 14 Oktober ini. 


Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia diadakan atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan peningkatan kes di negeri-negeri berikut.

Berikut SOP dan aktiviti yang dilarang yang ditetapkan MKN:

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
    kebenaran daripada majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk
    membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan
    kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan
    pusat rekreasi adalah ditutup
  • Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah
    ditutup.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis
    perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Walau bagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Baca: [TERKINI] PKPB Mukim Klang: “Majlis Kahwin Yang Telah Dirancang Boleh Diteruskan” – DS Ismail Sabri

Semail 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.