in

[TERKINI] PKPB Mukim Klang: “Majlis Kahwin Yang Telah Dirancang Boleh Diteruskan” – DS Ismail Sabri

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkuatkuasa tengah malam tadi, Mukim Klang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 23 Oktober nanti.


Kerana kebimbangan ini juga, BH melaporkan Pejabat Agama Islam Daerah Klang semalam dibanjiri dengan 118 pasangan yang ingin berkahwin seawal jam 9 pagi semalam.

Ekoran ini, semalam seramai 118 pasangan pengantin selama diijabkabulkan selepas mereka dinikahkan secara berperingkat oleh lima Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor.

Kahwin 1602230398

Hinggakan ada yang sepatutnya bernikah minggu depan pun turut hadir ke pejabat agama untuk melangsungkan perkahwinan dengan lebih awal.

Pun begitu, menurut Media Selangor, sebentar tadi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberitahu dalam sidang medianya, majlis perkahwinan yang telah dirancang lebih awal boleh diteruskan namun perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

Malah bukan itu saja, jemputan yang berada di luar Mukim Klang juga boleh ke majlis perkahwinan tersebut dan hanya perlu tunjukkan kad jemputan perkahwinan untuk lepas dari roadblock.

 

Baca: PKPB Bukan Di Daerah Klang, Tetapi Mukim Klang & Ismail Sabri

Screenshot 2020 10 09 At 5.02.17 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.