in

[TERKINI] “Majoriti lebih 120” – Anwar Minta Semua Pihak Beri Ruang Pada Agong Untuk Buat Keputusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua sedia maklum, pagi tadi Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.


Dalam sidang medianya sebentar tadi, Anwar Ibrahim telah memaklumkan yang dia telah persembahkan dokumen sahih kepada YDPA mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan dalam kalangan ahli parlimen yang menyokongnya.

Tambahnya lagi, dia meminta semua pihak untuk memberikan ruang kepada Agong untuk membuat keputusan dan menimbang mengenai dokumen tersebut serta memanggil ahli-ahli parlimen lain untuk menghadap.

Tak cukup dengan itu, Anwar turut memberitahu beliau telah tunjukkan dokumen mendapat majoriti lebih dari 120 dan mengatakan PM Muhyiddin telah hilang majoriti dan perlu meletakkan jawatan.

 

Baca: Anwar Menghadap Agong Jam 10 Pagi, 5 Situasi Yang Mungkin Akan Berlaku Hari Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.