in

Anwar Menghadap Agong Jam 10 Pagi, 5 Situasi Yang Mungkin Akan Berlaku Hari Ini

Anwar For Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adakah kita akan mengalami pertukaran kerajaan lagi? Bermacam-macam perkara berlegar dalam minda rakyat sekarang ini. 


Seperti yang semua sedia maklum, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 10 pagi hari ini.

Pertemuan ini susulan Anwar sebelum ini mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen dan sedia bentuk kerajaan baru.

Anwar Pc 3

Menurut Astro AWANI, ini beberapa perkara yang bakal berlaku hari ini, kata peguam yang juga pakar undang-undang Perlembagaan, Lim Wei Jiet:

 

1. Sekiranya Anwar tidak benar-benar mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen, maka tiada apa akan berlaku dan mungkin ahli Parlimen Port Dickson itu diminta untuk mencuba nasib pada masa akan datang.

2. Sekiranya Anwar dapat membawa dokumen dalam bentuk surat akuan berkanun atau Statutory Declaration (SD), Al-Sultan Abdullah mungkin boleh menasihatkan Anwar supaya mengemukakan keterangan lebih konkrit.

Baginda boleh mewawancara semua ahli Parlimen seperti yang baginda lakukan sebelum ini bagi mengenal pasti sokongan yang diperoleh Anwar.

3. YDP Agong juga boleh menasihati Anwar supaya mengemukakan satu usul khas di Parlimen, bukan hanya melalui SD atau wawancara, sekiranya benar beliau mempunyai sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

4. Jika YDP Agong benar-benar yakin bahawa Anwar sememangnya mempunyai majoriti, baginda boleh menitahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertemu baginda terlebih dahulu.

Muhyiddin kemudian mempunyai dua pilihan:

  • sama ada beliau boleh meletak jawatan, atau
  • menasihatkan YDP Agong untuk membubarkan Parlimen

Pada peringkat ini, YDP Agong mempunyai budi bicara sama ada menerima cadangan membubarkan Parlimen atau menolak cadangan tersebut.

5. Sekiranya YDP Agong menolak cadangan pembubaran Parlimen, Al-Sultan Abdullah boleh terus melantik Anwar menjadi Perdana Menteri.

Namun jika dilihat daripada pengalaman lepas, YDP Agong pernah bertemu dengan semua ahli Parlimen bagi memastikan keputusan baginda benar-benar jitu.

“Yang di-Pertuan Agong biasanya akan meneliti terlebih dahulu. Mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan senarai nama atau mungkin juga SD yang ditandatangani ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau. 

“Tetapi dokumen itu belum cukup menjadi satu asas yang kukuh untuk baginda terima bulat-bulat apa yang dikemukakan kerana kita tahu Al-Sultan Abdullah merupakan seorang yang sangat teliti sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Baca: [TERKINI] Anwar Ibrahim Terima Perkenan Menghadap YDP Agong 13 Oktober Ini

Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.