in

TERKINI: Boleh Makan Lebih 2 Orang Satu Meja & Tiada Lagi SOP 2 Orang Satu Kereta

Ft Sopbaru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui sidang media harian sebentar tadi, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada lagi SOP hanya 2 orang dibenarkan duduk satu meja di kedai makan serta 2 orang dalam satu kenderaan.


Sop3

Menurut beliau, berikut adalah perubahan SOP yang dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara:

  • Waktu operasi perniagaan di kawasan yang dilaksanakan PKPB dan PKPP dibenarkan bermula dari 6 pagi hingga 12 tengah malam, mulai esok.
  • Orang ramai dibenarkan makan di kedai makan lebih daripada 2 orang satu meja, mengikut keluasan meja asalkan penjarakan fizikal dipatuhi, tidak kira sama ada di kawasan PKP, PKPB dan PKPP.
  • Jumlah penumpang dalam setiap kenderaan kini mengikut kapasiti kenderaan, tidak kira kawasan PKP, PKPB dan PKPP, mulai esok.

Makan1

Orang ramai dinasihatkan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelakkan dikenakan kompaun.

Baca: [TERKINI] PKP Dilanjutkan Hingga 4 Mac Untuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor & Pulau Pinang

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.