in

Berkuat Kuasa 10 Mei Hingga 6 Jun, Aktiviti Rentas Daerah & Negeri Tanpa Kebenaran Tak Dibenarkan

Berkuat Kuasa 10 Mei Hingga 6 Jun Aktiviti Rentas Daerah Negeri Tak Dibenarkan E1620531823216

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Segala aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tidak dibenarkan di seluruh negara berkuat kuasa Isnin ini, 10 Mei sehingga 6 Jun.


Ismail Sabri E1620523546607

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menambah, sepanjang tempoh terbabit segala aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam adalah tidak dibenarkan.

Ia juga termasuk segala aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh pihak kerajaan dan swasta.

Pun begitu, Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, keputusan terbabit akan disemak semula selepas dua minggu.

Bagaimanapun, mereka yang perlu merentas daerah atas faktor kerja tidak memerlukan permit atau kebenaran PDRM. Sudah memadai dengan mengemukakan surat pengesahan syarikat.

Bazar Ramadhan Oo1I57Vv7Rt5Zno6Vsttd3Ig99A5Sxwsa4Z5250Pvk E1620523755930

Selain itu, dalam kenyataan beliau semalam, semua bazar Ramadan dan Aidilfitri yang berada dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup selama tiga hari bermula Isnin ini.

Bagi bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) pula dilaporkan akan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta.

Tambah beliau, trend penularan COVID-19 di negara ini semakin membimbangkan ditambah pula dengan penemuan varian baharu virus terbabit.

“Kerajaan pernah memberi amaran prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan di semua kawasan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya kes COVID-19 meningkat di seluruh negara.

“Ketika ini, kerajaan sentiasa meneliti SOP dan sekiranya berlaku pertambahan kes harian, kerajaan akan mendapatkan nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan SOP itu diperketatkan.

“Bagi memastikan tiada kekeliruan, segala keputusan dan pengumuman pelaksanaan PKP di mana-mana kawasan atau negeri akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan selepas ia diputuskan dalam sidang mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Sumber: Berita Harian, Astro Awani

Baca: ‘Mall’ & Pasar Raya Awam Di KL & Selangor Antara Yang Tersenarai Sebagai Lokasi ‘Hotspot’ COVID-19

Banyak Mall Pasar Raya Awam Di Kl Selangor Antara Yang Tersenarai Sebagai Lokasi Hotspot Covid 19 E1620523408494

Sumber: Malay Mail
Sumber: JohorKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.