in

[VIDEO] Minta Tunggu Sekejap Sebab Pasar Belum Buka, Lelaki Mengamuk Serang & Ludah Anggota RELA

Ft Ludahrela

Hanya kerana diminta untuk tunggu sebentar, seorang lelaki berusia 52 tahun mengamuk sebelum bertindak menyerang anggota RELA yang bertugas.

Melalui sebuah video, lelaki tersebut dilihat sedang menjerit ke arah anggota tersebut sambil cuba ditahan dan ditenangkan orang awam lain di tempat kejadian. Menurut laporan, insiden tersebut berlaku di pasar pagi di Sitiawan, Manjung pada Sabtu lepas (15 Mei) kira-kira jam 6.40 pagi.

Salah seorang anggota RELA bernama Fang berkata dia dan rakan petugasnya diarahkan menjaga pintu masuk pasar tersebut bagi memastikan orang ramai mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Spit2

Kira-kira jam 6.40 pagi, lelaki itu (suspek) mahu masuk untuk membeli, namun mengikut SOP pasar itu hanya dibuka kepada orang awam pada 7 pagi, jadi saya minta dia tunggu sebentar.”

Tanpa disangkanya, lelaki tersebut mengamuk dan menghemburkan kata-kata kesat malah turut melempang, memukul dan menolak Fang sehingga jatuh. Orang awam yang berada di situ serta beberapa anggota RELA lain terpaksa masuk campur untuk meleraikan dan menyuruh lelaki itu berhenti.

Tonton video itu di sini.

Kata Fang lagi, apabila dia bangun dari jatuh, lelaki berkenaan cuba menolaknya lagi dan meludah ke muka sebelum mengugutnya untuk “buat lebih daripada itu”. Fang berkata dia tidak melawan semula.

Cermin mata dan topi saya turut tercabut dan terjatuh. Nasib baik, orang awam bantu untuk kutip semula. Saya ditemani rakan petugas ke hospital dan membuat laporan polis di balai supaya pihak sana bertanggungjawab atas tindakannya itu.”

Spit3

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata pihaknya telah menahan lelaki berkenaan sebaik saja menerima laporan dan kes itu kini dalam siasatan pihak polis.

Baca: Warga Emas Dikompaun RM5,000 Bersiar Di Kawasan Rumah Masa Pakai Gelang Pink, Bagi Alasan Panas

81620271091 Wargaemas 1

Sumber: China Press
Sumber: China Press