in

[TERKINI] PKP Dilanjutkan Hingga 4 Mac Untuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor & Pulau Pinang

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri akan diteruskan sehingga 4 Mac.



Negeri-negeri yang tempoh PKP dilanjutkan ini adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Manakala negeri-negeri lain seperti Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Putrajaya, Labuan, Sabah dan Sarawak pula akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bhsambungpkp Bhfield Image Socialmedia.var 1611223079

Perlis pula hanya satu-satunya negeri yang akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Manakala perintah larangan bergerak melebihi 10KM pula dibatalkan namun rentas daerah atau negeri masih belum dibenarkan.

 

Baca: [TERKINI] PKP Dilanjutkan di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Dari 5 hingga 18 Februari

Screenshot 2021 02 16 At 5.22.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.