in

Hanya Mahu Buat Penonton Ketawa, Aksi Di Pentas Di Salah Anggap, Shuib Mohon Maaf

Ft Shuib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, pelawak tanah air Shuib Sepahtu sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila aksinya di pentas Sepahtu Reunion dikatakan membawa unsur lucah yang tidak bersesuaian dengan norma masyarakat di negara ini.


Perbuatannya itu juga dianggap tidak bersesuaian dengan rancangan hiburan yang dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat.

Tidak mudah melatah, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad tampil untuk membuat penjelasan kepada situasi yang berlaku.

Capture 1 12 1

 

Shuib mohon maaf

Seringkali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, Shuib tidak mudah melatah apabila aksinya disalahertikan oleh segelintir penonton.

Sedar akan dirinya menjadi bahan bualan netizen di Twitter, pelawak itu segera tampil untuk membuat permohonan maaf serta menjelaskan situasi yang sebenar.

Sepahtu Reunion pada Khamis, ada satu babak saya buat memarut kelapa. Babak itu jadi kontroversi pula. Jadi, disini saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dan rasa babak itu tidak patut dilakukan.

Capture 2 7

Sebagai pelawak, Shuib jelaskan niatnya membuat aksi tersebut adalah dengan tujuan untuk membuat penonton berasa terhibur, namun sudah pasti penerimaan setiap individu adalah berbeza.

Sebenarnya saya nak beritahu, ikhlas dari hati saya ketika saya melakukan babak itu, tak ada bawa maksud apa-apa. tak ada pergi ke lucah. Saya hanya nak buat orang ketawa sahaja, tak ada niat apa-apa.

Terbuka menerima teguran, Shuib turut mengatakan bahawa dia tidak akan lagi mengulangi aksi seperti itu di masa hadapan lapor mstar.

Tapi itulah, kalau katakan la video itu buat orang terasa hati, saya minta maaf sangat. Insya-Allah saya tak akan buat lagi benda macam tu. Semoga terus sokong Sepahtu Reunion.

Adalah lebih baik untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih. Perspektif setiap orang dalam satu perkara kan berbeza, mungkin lepas ni Shuib akan jadi lebih baik sebagai pelawak di pentas kan?

Baca : “Double meaning” Buat Lawak Berunsur Lucah, Shuib Kena Sound Dengan Netizen

Capture 17 4

Sumber: Instagram
Sumber: mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.