in

“Terima kasih Puan Neelofa” – Neelofa Sumbang 15 Katil Pesakit COVID 19 di Hospital Melaka Bernilai RM90,000

Sumbangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak terpalit dengan beberapa kontroversi berkaitan perlanggaran SOP, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa nampaknya telah mendiamkan diri buat beberapa ketika.



Namun dalam diamnya itu, baru-baru ini viral sebuah video di TikTok dari seorang doktor yang mengucapkan terima kasih buat Neelofa atas sumbangan sebanyak 15 buah katil elektronik buat kegunaan pesakit COVID 19 di Hospital Melaka.

@abdulrahmanabdulkadir1

Terima kasih @neelofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit Covid di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka. #frontliner

♬ Ya Maulana (2020 Remaster) – Sabyan

Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang bertugas di bahagian kecemasan hospital berkenaan juga telah telah mengucapkan ucapan terima kasihnya di Instagram atas sumbangan yang diberikan isteri kepada PU Riz tersebut.

Alhamdulillah…terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.

“Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat,” tulisnya.

Selain itu, seorang pengguna Facebook bernama Aznil Hisham juga memberitahu, pada awalnya pihak hospital hanya memerlukan 10 buah katil saja untuk kegunaan pesakit.

Namun tidak pula mereka sangka Neelofa akan menyumbangkan 15 buah katil yang mana sebuah bernilai RM6,000.

Screenshot 2021 06 11 At 10.36.07 Am

 

“Alhamdulillah bersedekah dalam diam” 

Perkongsian mengenai sumbangan Neelofa kepada Hospital Melaka itu telah mendapat komen positif daripada netizen yang mana ramai berharap perkara tersebut dapat dilakukan berterusan dan semoga Neelofa dijauhkan daripada gosip tidak elok seperti sebelum ini.

Lopak

Alhamdulillah bagus Neelofa bersedekah buat kegunaan pesakit COVID 19. Semoga terus dimurahkan rezeki. 

Baca: “Saya dah beri kerjasama” – Pakai Purdah Tapi Tak Pakai Mask, Neelofa Beri Keterangan Di IPD Seremban

Lofaa

Sumber: Blog
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.