in

“Saya dah beri kerjasama” – Pakai Purdah Tapi Tak Pakai Mask, Neelofa Beri Keterangan Di IPD Seremban

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khamis lepas, Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz telah hadir ke Mahkamah Majistret Seremban bagi pertuduhan gagal mematuhi SOP ketika berada di premis menjual karpet di Nilai 3.


Namun, beberapa gambar ketika dia hadir di Kompleks Mahkamah Seremban yang tular di media sosial menujukkan seperti Neelofa gagal memakai pelitup muka.

Neelofa Tak Pakai Mask Bn

Ekoran ini, pagi tadi Neelofa ditemani Haris telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk memberi keterangan mengenai dakwaan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, pihaknya memanggil Neelofa untuk berikan keterangan berhubung siasatan pemakaian pelitup muka.

Screenshot 2021 05 24 At 3.27.45 Pm

Beliau hadir bersama suaminya dan dua peguam. Keterangan diambil bermula jam 10.20 pagi dan selesai pada 11.30 pagi.

“Sepanjang proses siasatan dijalankan Neelofa memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi SOP Covid-19 yang ditetapkan.”

Ketika ditemui media, Neelofa hanya memerikan jawapan ringkas mengatakan yang dia telah pun bekerjasama dengan pihak polis berhubung dakwaan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

Sebelum ini, KKM pernah menjelaskan yang kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos termasuk mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh.

Kerana menerima laporan mengenai tindakan Neelofa yang tidak mematuhi SOP ini, pihak polis telah pun membuka kertas siasatan ke atas pengacara itu mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

 

Baca: “Tak habis-habis…” – Neelofa Sekali Lagi Disiasat Polis Dakwaan Tak Pakai Mask di Mahkamah

Screenshot 2021 05 24 At 3.51.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.