in

Terima Banyak Tawaran Sekolah Terbaik, Anak Sheikh Muszaphar Akhirnya Pilih…

Ft Bella Permata Pintar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular berita tentang anak sulung Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Sophea Isabella yang mesra dipanggil Bella telah berjaya menerima pelbagai tawaran untuk ke sekolah berasrama penuh berprestij, Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan juga Kolej Genius Permata Pintar.


Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, Sheikh Muszaphar mendedahkan bahawa mereka sudah membuat pilihan terbaik untuk Bella.

Hantaran terbaharu tersebut memaparkan tajuk berita sekolah mana yang bakal menjadi pilihan Bella dan disertakan dengan kapsyen mengenai pilihan mereka.

Snapinsta.app 430389821 316557164333217 6825323018470054884 N 1080

Menerusi hantaran tersebut, Sheikh Muszaphar berpendapat sebuah sekolah yang bagus mempunyai pelbagai ciri-ciri antaranya guru, fasiliti, persekitaran, kepimpinan, program yang ditawarkan, rangkaian alumni yang kuat dan pelbagai lagi.

Tambahnya lagi, terdapat banyak sekolah hebat di luar sana dan masing-masing ada kelebihan tersendiri selain mempunyai prestasi kecermerlangan serta sejarah yang terbukti.

Selepas berfikir panjang, perbincangan dan solat istikharah, mereka memilih untuk menghantar Bella ke Genius Permata Pintar yang menurut Sheikh Muszaphar bakal menguji pemikiran anaknya itu selain dia akan bergaul dengan mereka-mereka yang pintar.

Artikel berkaitan : “Permata Pintar, TKC & KYS”- Dilema Nak Pilih, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Dapat 3 Tawaran Sekolah Serentak

Artikel berkaitan : Selalu Dapat Nombor 1 & Raih 10A, Ini ‘Rahsia’ Kejayaan Anak-anak Dr Sheikh Muszaphar

Menurut beliau lagi, memilih institusi yang tepat untuk menyambung pelajaran amat penting, namun apa yang lebih penting ialah pelajar tersebut dan beliau berharap ianya merupakan pilihan terbaik buat Bella.

Terdahulu, Sheikh Muszaphar ada menceritakan tentang sistem pembelajaran di Genius Permata Pintar sedikit berlainan berbanding sekolah biasa kerana pelajar di sana didedahkan dengan subjek Biologi, Kimia, Fizik dan juga Matematik Tambahan sejak tingkatan 1.

Sumber : Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.