in

“Permata Pintar, TKC & KYS”- Dilema Nak Pilih, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Dapat 3 Tawaran Sekolah Serentak

F2 Anak Dr Sheikh Muszaphar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Dr Halina yang sering berkongsikan tentang tips-tips parenting di Instagram kan. Anak-anak mereka juga sangat comel dan bijak-bijak belaka.


Beberapa hari lepas, Dr Sheikh Muszaphar berkongsikan di Instagram tentang anak sulungnya yang dipanggil Bella yang telah mendapat bukan satu tapi tiga tawaran untuk ke sekolah menengah.

Menerusi Instagram beliau, Bella pada mulanya telah mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh (SBP) di Kolej Tunku Kursiah atau TKC. Sekolah TKC ini sememangya antara sekolah SBP perempuan yang terhebat di Malaysia.

3

Artikel Berkaitan: Selalu Dapat Nombor 1 & Raih 10A, Ini ‘Rahsia’ Kejayaan Anak-anak Dr Sheikh Muszaphar

Artikel Berkaitan: Selepas 8 Tahun Bernikah, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Mengapa Dr Harlina Jadi Pilihannya. Sweet!

Selain TKC, Dr Sheikh Muszaphar juga berkongsikan bahawa Bella turut mendapat tawaran ke Genius Permata Pintar dan KYS (Kolej Yayasan Saad Melaka).

4

Dr Sheikh Muszaphar juga mengatakan mereka sedang dalam dilema untuk memilih salah satu daripada sekolah-sekolah tersebut kerana ketiga-tiganya adalah sekolah terbaik namun beliau turut mengatakan bahawa pilihan tersebut nanti merupakan pilihan yang terbaik untuk anak sulungnya itu kerana semuanya bergantung kepada impian, cita-cita dan kebahagian Bella.

Untuk pengetahuan semua juga, pelajar Genius Permata Pintar akan belajar subjek-subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan sejak dari tingkatan satu lagi.

Rata-rata warganet juga mengucapkan tahniah kepada anak sulung Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.

Semoga remaja dan kanak-kanak di luar sana juga akan menjadikan ini sebagai inspirasi kepada mereka untuk terus menuntut ilmu. 

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.