in

“Terbaik!” – Pusat Beli Belah One Utama Taja ‘Swab Test’ RM1.5 Juta Kepada Lebih 6000 Pekerja

Cc 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir semua pusat beli belah di sekitar Lembah Klang dipercayai terlibat dengan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pengunjung mahupun kakitangan. Turut terkena tempias adalah One Utama Shopping Centre, Damansara.


C 11

 

Setelah diarahkan tutup pada 11 Oktober susulan terdapat dua kes positif Covid-19 sepanjang minggu tersebut. Pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menyediakan perkhidmatan swab test secara percuma kepada semua kakitangan mereka. Wow!

Berita baik ini dimaklumkan melalui akaun Facebook rasmi pusat beli belah tersebut dan memberitahu ini merupakan kali pertama mereka melaksanakan swab test secara besar-besaran.

[??????? ??? ???? – ?? ??? ??‼️] ????✅ 1 Utama – the only shopping centre to initiate and conduct an unprecedented…

Posted by 1 Utama Shopping Centre on Isnin, 12 Oktober 2020

 

Taja RM1.5 swab test untuk 6000 pekerja

Melalui posting yang sama, One Utama Shopping Centre telah berjaya menjalankan ujian ini kepada 6000 kakitangan daripada lebih 700 outlet di dalam pusat beli belah tersebut.

Apa yang mengejutkan lagi adalah jumlah perbelanjaan bagi kesemua kit ujian swab itu bernilai RM1.5 juta dan dibiayai sendiri oleh pihak mereka.

Sesi swab test ini telah dijalankan kepada semua pekerja dalam tempoh hampir 20 jam selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Oktober. Seramai 10 doktor dan ahli perubatan turut bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam menjayakan ujian ini.

C1 9

C2 5

Pihak One Utama juga menzahirkan permohonan maaf jika terdapat penangguhan sehingga ada di antara pekerja yang perlu menunggu lebih lama daripada masa yang dijadualkan.

Mereka turut memberi sokongan penuh kepada para pemilik outlet untuk terus bertahan dan berharap agar premis mereka boleh beroperasi semula.

 

Terbaiklah! Harap dengan usaha murni ini keselamatan dan kebajikan pekerja juga terjaga. Semoga kita bebas dari Covid-19 dan boleh sambung shopping. Yeay!

Baca: 80 Murid & 26 Guru Jalani ‘Swab Test’ Lepas 2 Murid Perempuan di SK Bangsar Positif COVID 19

C3 2

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.