in

80 Murid & 26 Guru Jalani “Swab Test” Lepas 2 Murid Perempuan di SK Bangsar Positif COVID 19

Sk Bangsar Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes positif COVID 19 nampaknya makin kerap berlaku di sekolah sejak akhir-akhir. Kalau terdahulu, seorang guru diuji positif COVID 19 di SMK Taman Sea, kali ini pula kes melibatkan sekolah lain di kawasan Lembah Klang.



Menurut Free Malaysia Today, dua murid perempuan di SK Bangsar semalam disahkan positif COVID 19 lepas dipercayai mendapat jangkitan tersebut daripada ahli keluarga mereka yang pulang menghadiri kenduri baru-baru ini. 

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bangsar, Mohd Yazid Mohd Yasin berkata, pihak sekolah telah dimaklumkan perkara itu oleh penjaga murid tahun 4 dan 5 tersebut dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 10.30 pagi semalam.

Bangsar

Susulan kes tersebut, pihak sekolah telah memaklumkan PIBG dan petugas KKM datang melaksanakan ujian saringan terhadap murid dan guru membabitkan 2 kelas tahun berkenaan. Aduhai… 

 

Tiada arahan penutupan sekolah buat masa ini

Walau bagaimanapun, Mohd Yazid memberitahu tiada arahan penutupan sekolah buat masa ini, namun sesi persekolahan petang semalam telah ditangguhkan.

“Petugas KKM menjalankan ‘swab test’ bermula 2 petang tadi kepada kira-kira 80 murid dari 2 kelas tahun 4 dan 5, serta 26 guru yang dikenal pasti sebagai kontak rapat 2 murid yang positif Covid-19 itu.

“Petugas KKM juga dijangka menjalankan sanitasi di kelas dan lokasi berkaitan. Namun, pihak sekolah memang melakukan sanitasi setiap hari.

“Buat masa ini, tiada arahan penutupan sekolah, dan pihak pentadbir juga tiada kuasa untuk menutup sekolah, sebaliknya perlu tunggu arahan daripada pejabat pendidikan daerah (PPD) dan Kementerian Pendidikan,” katanya.

Sk Bangsar Maps 1

Majoriti ibu bapa khususnya anak mereka yang menjadi kontak rapat kes positif tersebut berasa bimbang jika sesi persekolahan terus berjalan seperti biasa.

“PIBG berpandangan, PPD dan kementerian wajar menangguhkan sementara sesi persekolahan antara seminggu atau 2 minggu, sementara menunggu keputusan ujian murid yang menjadi kontak rapat,” katanya.

Ish makin takut ibu bapa nak hantar anak ke sekolah. Boleh dikatakan setiap hari kita dengar kes COVID 19 berlaku di sekolah sekarang ni. 

Baca: [TERKINI] Guru SMK Taman Sea Petaling Jaya Pula Disahkan Positif Covid-19

Taman Sea

Sumber: NST
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.