in

“Terbaik orang Shah Alam” – Kalau Nak Ke Pasar Basah Shah Alam, Kena Beratur Macam Ni Dulu Bagi Elak Covid-19

Feature 2 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin banyak kedai dan premis-premis makanan yang mewajibkan pelanggan untuk menjarakkan diri mereka dengan pelanggan yang lain untuk mengelakkan jangkitan Coronavirus sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Bagus lah tu kan.


Kali ini, menerusi Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam, pasar moden Seksyen 6 Shah Alam juga melakukan perkara yang sama. Setiap pengunjung pasar dikehendaki untuk beratur dengan jarak 1 meter antara satu sama lain.

#weloveshahalamPasar Moden Seksyen 6Kekalkan jarak! Mohon peka dengan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan.

Posted by Majlis Bandaraya Shah Alam on Saturday, March 21, 2020

 

Difahamkan, hanya 50 pengunjung sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke dalam pasar pada satu-satu masa.

Pasar 2

Kawasan pasar tersebut juga dijaga oleh anggota RELA agar tidak berlaku kekecohan.

Pasar 3

Rata-rata netizen memuji tindakan berdisiplin warga Shah Alam ini.

Pasar

Ada juga yang mencadangkan agar tempoh pembelian dihadkan kepada 15 hingga 20 minit sahaja supaya orang lain juga boleh beli barang. Bagus jugak idea tu kan. 

Pasar 1

Selain itu, netizen lain pula mencadangkan agar pengunjung tidak menyentuh barangan yang ingin dibeli sebaliknya biarkan peniaga yang mengambil barangan tersebut setelah ditunjuk barangan yang diinginkan.

Betul jugak tu, barulah boleh kurangkan risiko jangkitan melalui sentuhan. 

Harapnya perkara ini akan dicontohi oleh orang lain juga lah ya. 

Baca: “Macam kawad kaki” – Kalau Nak Beli KFC, Diwajibkan Beratur Macam Ni Dulu 

Kfc 3

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.