in

Teori Darah Furukawa: Makna Disebalik Jenis Darah Dan Kaitannya Dengan Personaliti Anda

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda ingat tak lagi jenis darah diri sendiri atau rakan sekeliling? Jika tidak boleh semak sekarang sebab ada sesuatu yang menarik disebalik jenis darah anda.


Di Jepun, hampir 99% penduduk mereka tahu jenis darah mereka sendiri, sehingga ada yang mencari jodoh berdasarkan kesesuaian jenis darah. Kenapa sampai macam tu sekali?

Di Jepun, jenis darah seseorang itu penting kerana dikatakan boleh menggambarkan personaliti seseorang. Ianya dikenali sebagai Teori Darah Furukawa. Jom explore satu-satu jenis darah dan personaliti mereka!

Darah Jenis A: The Farmers

3 5

Mereka yang berdarah A digambarkan sebagai seorang petani. Mereka bersikap penyabar, sukakan keamanan dan setia. Jika anda perasan, ciri-ciri ini penting kepada seorang petani apabila menunggu hasil tananam mereka.

Mereka yang berdarah A juga sensitif dan terlalu menjaga standard diri sendiri. Kadang kala, mereka mengambil masa yang terlalu lama untuk meluahkan perasaan kepada orang lain, namun sentiasa terbuka untuk menerima luahan daripada orang sekeliling.

Lebih menarik, individu berdarah A sangat berhati-hati dalam membuat keputusan dan seorang yang multi-tasking!

Individu terkenal yang berdarah A:
Britney Spears, Jet Li, Adolf Hitler

 

Darah B: The Hunters

4 2

Mereka yang berdarah B digelarkan sebagai pemburu kerana mereka lebih memilih untuk tidak mengambil risiko. Mereka pantas dalam membuat keputusan, namun sentiasa mengambil kira semua aspek sebelum keputusan tersebut diambil.

Individu yang berdarah B ialah seorang yang fokus pada sesuatu perkara dan tidak akan berputus asa selagi tidak mencapai apa yang dikehendaki. (macam korang yang tak berputus asa apabila mengejar cinta yang tak pasti)

Individu terkenal yang berdarah B:
Leonardo DiCaprio, Tom Selleck, Jack Nicholson

 

Darah AB: The Humanist

5 4

Mereka yang tergolong dalam darah AB mempunyai pemikiran analitik dan logikal yang cekap dan hebat. Individu yang berdarah AB kebiasaannya akan mempunyai personaliti daripada darah A dan B, membuatkan mereka sedikit unik dan rare.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini sentiasa nampak yakin, namun kadang kala malu di khalayak ramai. Meskipun mereka nampak tenang dan cool, masalah yang tertangguh akan membuatkan mereka berasa tidak tenang dan gelabah.

Individu terkenal yang berdarah AB:
Marilyn Monroe, Jackie Chan, Barack Obama

 

Darah O: The Warriors

6 2

Mereka yang tergolong dalam darah O kebiasannya seorang trendsetters dan mempunyai personaliti yang kuat seperti seorang pahlawan.

Menurut kajian teori darah Furukawa, mereka yang berdarah O seorang yang kurang jujur, namun tidak suka apabila ditipu. Individu berdarah O dilahirkan dengan ciri-ciri seorang ketua dan namun mudah menyerah kalah apabila kurang minat terharap sesuatu perkara.

Individu terkenal yang berdarah O:
Queen Elizabeth II, John Lennon, Elvis Presley

 

Tepat tak dengan personaliti anda?

Selepas baca jenis darah dan personaliti di atas, sama tak dengan diri anda? Jika anda bosan, cuba tanya jenis darah orang di sekeliling anda dan periksa personaliti mereka berdasarkan artikel ini!

 

BACA: Kisah Saintis Jepun Yang Menang Nobel Sebab Buktikan Manfaat Berpuasa

1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.