Ura-ura yang mengatakan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya letak jawatan semalam akhirnya terjawab apabila empunya diri hari ini mengesahkan berita tersebut.
Dalam kenyataan medianya yang dimuat naik Twitter SPRM awal pagi ini berkata, Latheefa telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.
On Monday 2nd of March 2020, I submitted to the Prime Minister, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin a letter conveying my intention to resign as Chief Commissioner of theMalaysian Anti-Corruption Commission (MACC), subject to the approval of His Majesty the King. pic.twitter.com/gZdDEnGKPL
— SPRM (@SPRMMalaysia) March 6, 2020
“Ia keputusan saya sendiri” – Latheefa
Menurut Malaysiakini, Latheefa mengakui keputusan meletak jawatan itu dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukannya ditekan oleh mana-mana pihak.
“Ia keputusan saya sendiri. Spekulasi yang mengatakan saya ditekan (untuk letak jawatan) tidak berasas.
“Hasrat saya adalah untuk kembali menjadi pendukung hak asasi manusia,” katanya.
Kata Latheefa lagi, dia telah bertemu dengan Muhyiddin semalam dan menjelaskan keputusannya itu kepada PM.
“Kami berbual mesra dan beliau (Muhyiddin) faham pendirian saya,” katanya.
“Saya tinggalkan jawatan saya dengan keyakinan penuh bahawa SPRM akan terus melawan rasuah…”
Dalam pada tu, Latheefa juga terangkan secara ringkas kepada PM akan usaha dan tindakan yang sedang dilakukan SPRM untuk dapatkan semula dana 1MDB dari luar negara.
“Saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan semoga berjaya kepadanya dan kerajaan baru dalam memperbaiki kebajikan dan kepentingan rakyat,” katanya.
Latheefa juga pada masa yang sama telah berjumpa dan beri taklimat kepada timbalannya, Azam Baki serta ketua-ketua jabatan SPRM bagi memastikan penyerahan tugas berjalan dengan lancar.
“Saya meninggalkan jawatan saya dengan keyakinan penuh bahawa SPRM akan terus tidak dikompromi dan tanpa lelah melawan rasuah, tanpa mengambil kira kedudukan atau sokongan politik perasuah.
“Saya berterima kasih kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, rakan setugas di SPRM dan rakyat yang memberi sokongan selama saya menjadi ketua pesuruhjaya SPRM.
“Semoga Tuhan merahmati negara kita,” katanya lagi.
All the best Latheefa. Harap SPRM terus melawan rasuah dalam apa jua cara sekalipun.