in

“UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan” – Tun M

Tunm2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke 7 dan kini sedang menjadi PM interim sementara menunggu keputusan siapakah PM ke 8.


Sebentar tadi, Tun M ada buat perutusan khas tentang sebab kenapa dia meletakkan jawatan tersebut.

 

Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.” – Tun M

Ersh5Agu0Aabfbs

Katanya lagi, ada sebab mengapa Tun M meletakkan jawatannya tapi cukuplah sekadar bahawa Tun M merasakan kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga  tidak dapat memilih pihak mana yang ingin dipilih, lapor Bernama.

Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.”

Katanya lagi, Tun M tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamatnya.

“Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara . Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.”

Dalam pada itu Tun M juga  menjelaskan yang beliau telah berjanji untuk letak jawatan bagi memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan menggantinya.

Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.”

 

Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.

Tunm 1

Ktanya lagi , matlamatnya bukanlah untuk disukai ramai. Ia hanyalah membuat sesuatu dianggap baik bagi negara.

Tun M juga mendedahkan bahawa orang politik dan parti politik terlalu utama politik, sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

Disebabkan hal ini, beliau akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

 

Baca : “Ini tidak dapat dihidu oleh rakyat biasa” –  Kronologi Kisah Pembinaan Semula Negara

Pm 1

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.