in

“Takpelah belajar dari kesilapan” – Operasi Nyah Cemar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tak Ikut SOP KKM?

Feature 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini terdapat banyak pihak yang memulakan proses nyah cemar atau disinfeksi kawasan yang diisytiharkan zon merah terutamanya. Proses ini dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bagus tindakan ni. 


Namun, operasi disinfeksi yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lapor Berita Harian.

Perkara ini telah diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, beliau juga mengatakan banyak operasi tersebut dibuat tanpa nasihat dan rujukan pihak KKM.

Selepas ini, pihak KKM akan menyediakan garis panduan yang perlu dilakukan oleh pihak yang mahu menjalankan operasi disinfeksi seperti bahan kimia yang digunakan perlu mendapat kelulusan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kkm 3

Kkm 4

Rata-rata netizen memberikan pandangan yang berbeza mengenai perkara ini.

Kkm 1

Terdahulu, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan mengatakan ada sesetengah proses disinfeksi itu membazir apabila ada cecair kimia telah disembur pada permukaan jalan raya.

Takpelah, lepas ni mungkin semua boleh perbaiki kesilapan masing-masing. Siapa je yang tak pernah buat salah dalam dunia ni kan.

 

Baca: [UPDATE] Kementerian Kesihatan Malaysia Mula Proses Disinfeksi Hari Ini 

Kkmq

Sumber: Astro Awani
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.