in

“Takpe boleh belajar”- Suami Selalu Elak Jadi Imam, Rupanya Sebab Tak Tahu Baca Doa

Cats 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan ini sebenarnya salah satu perjalanan hidup yang membolehkan kita belajar banyak benda. Daripada kita tak tahu langsung pasal benda itu kepada terus ‘pro’. Benda boleh belajar, betul tak? Yang penting korang dengan pasangan korang kena saling beri semangat.


Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi rasa terharu bila dapat berjemaah dengan suaminya selepas suaminya asyik mengelak untuk jadi imam solat. Mesti ada sebab ni kenapa dia asyik mengelat bila diajak.

 

Bagi alasan tak tahu baca doa

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh Najihah Mat Zin pada 1 Mei lalu sehingga mendapat hampir 200 ribu tontonan dan 15 ribu likes, video tersebut menunjukkan suami kepada wanita ini sedang memeriksa telefonnya untuk membacakan doa selepas selesai solat berjemaah di kafe milik mereka.

@najihahmatzin

Boleh kan macam ni.. ce komen

♬ original sound – MUSIC-ROOM – MUSIC-ROOM

“Aku kalau nampak dia bukak kasut, kalut aku pon p ambik air wudhuk. Nak jemaah sekali.”

Sebelum ini, suaminya selalu mengelakkan diri untuk jadi imam solat dan beri alasan tak tahu baca doa selepas selesai solat.

 

Isteri tak gelak tapi beri semangat

Bila dapat tahu tentang itu, wanita yang mesra dipanggil Najihah itu tak gelak tapi terus beri semangat kepada suaminya dalam menuntut ilmu agama. Tak kisah la umur korang berapa sekali pun, proses pembelajaran ni tak ada expired date.

“Abang doa la dalam bahasa melayu, kan lagi senang nak faham.”

Rupa-rupanya, suami wanita ini dalam diam sudah belajar dan menghafal doa tau. Wanita ini bersyukur yang sekarang ini suaminya sudah tidak malu menjadi imam solatnya dan juga menjadi imam kepada orang lain. Alhamdulillah, improvement macam ni la yang bagus.

“Jangan pernah malu untuk belajar dan melakukan kebaikan.”

Ni la pentingnya untuk ada pasangan yang positif dan boleh bagi semangat. Bila ada motivasi, baru la syok nak buat perubahan. Betul tak? Dah kena start cari pasangan la macam ni.

 

Sumber: Najihah Mat Zin

Baca:”Siapa ckp lelaki club tak boleh buat suami?”-  [VIDEO] Dulu Kenal Suami di Club, Sekarang Imamkan Solat

Capture 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.