in

“Tak terima sebarang dokumen bukti nasab ‘Mawla Amin'” – JAKIM

Jakim Nafi Nasab Mawla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah menafikan mereka terima sebarang bukti dokumen mengenai nasab lelaki warganengara Algeria, Muhammad Amin al-Idrissi atau dikenali sebagai Mawla Amin yang didakwa mempunyai susur galur Nabi Muhammad SAW.


Kenyataan penafian ini dibuat susulan penganjur program ‘Mawla’ berkenaan di negara ini, Nur Al Mustafa Malaysia, pada minggu lepas mendakwa telah mengemukakan bukti dokumen kepada JAKIM.

Artikel berkaitan: Caprice Dedah Media Morocco Mula Bongkar Tentang Mawla Amin, Asaskan ‘Ajaran’ Baru Di Malaysia?

Artikel berkaitan: Didakwa Beli Tanah Di Melaka Untuk Bina ‘Kerajaan 9’, Polis Sedang Pantau Mawla Amin & Pengikut

Susulan kenyataan dibuat oleh pihak Nur Al Mustafa Malaysia berhubung nasab ‘Mawla Amin’, dengan ini Jakim ingin maklumkan tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan,” kata JAKIM.

Pada 22 Februari lepas, Pengerusi Nur Al Mustafa Malaysia, Hasnul Hakim Mohd Zain mendakwa ‘bukti’ tersebut pernah diserahkan kepada JAKIM Pulau Pinang dan Melaka bagi mendapatkan tauliah ceramah lelaki itu.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kehadiran Mawla Amin ke negara ini untuk memberi ceramah agama akan terus dipantau rapi.

Jika dia dikesan melakukan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang, kementerian dan pihak berkuasa negeri akan mengambil tindakan.

Sumber: Malaysiakini, Facebook JAKIM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.