in

“Tak pasal-pasal berjangkit pula”-18 ‘Pengiring’ Donald Trump Dilapor Positif Covid-19

Ft Trump

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas kecoh mengatakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangkiti virus Covid-19 walaupun sebelum ni dia dikatakan tidak percaya akan kewujudan virus itu.


Susulan pengumuman itu, beberapa individu pula disahkan positif Covid-19 selepas dikatakan menghadiri majlis serta mengiringi presiden itu lapor Harian Metro

Trump dikatakan menghadiri majlis di Rose Garden, Rumah Putih bagi mengumumkan percalonan Amy Coney Barrett sebagai Hakim Mahkamah Agung, telah menyebabkan 12 individu dijangkiti virus itu.

Antara individu yang terkena jangkitan itu ialah isteri presiden itu sendiri, Melania Trump, Hope Hick; pembantu kanan presiden, Bill Stepien; pengurus kempen, Kayleigh McEnany; setiausaha media Trump serta dua pembantu kepada McEnany.

Ramai gila kena jangkitan! Tak amal jarak sosial ke?

Capture 2 2

Namun laporan Media AS mengatakan lebih 12 individu  yang berada berhampiran Trump dikatakan positif virus itu.

Tu la, time covid ni patut umum calon secara online lah, janganlah bahaya kan keselamatan ramai orang…

Virus itu dikatakan menjangkiti Trump selepas dia menghadiri majlis pengumuman percalonan Barrett dan sejurus pulang Trump mengadu demam panas, sakit sendi serta mengalami hidung tersumbat.

Trump meninggalkan hospital tentera selepas 4 hari mendapatkan rawatan kecemasan dan pergerakannya disiarkan secara langsung.

Min harapkan semua yang baca ni dapatlah jaga diri, jangan pergi tempat ramai orang. Kita tak tahu kita ni pembawa atau tidak…

 

Baca : Adakah ramalan Baba Vanga tepat lagi? Pernah Ramal Kejadian Besar Dunia. Kini Kecoh Mengenai Presiden US Pula!

Capture 4 1

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.