in

“Adakah ramalan Baba Vanga tepat lagi?” – Pernah Ramal Kejadian Besar Dunia. Kini Kecoh Mengenai Presiden US Pula!

Capture 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak dengar nama Baba Vanga? Dia ni cukup terkenal dengan ramalan yang tepat mengenai perkara-perkara besar dunia.


Wanita ini mengalami masalah penglihatan namun dikenali ramai kerana pernah membuat beberapa ramalan tepat mengenai Brexit, serangan terhadap Menara World Trade Centre (WTC) dan kebangkitan ISIS.

Wah isu besar dunia tu? Apa pula ramalannya kali ini?

Capture 10

Walaupun wanita ini dah meninggal dunia sejak 24 tahun lalu, namun dia dikatakan sempat membuat ramalan untuk tahun 2020.

Antara yang diramal oleh wanita itu ialah, Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS) akan mengalami penyakit yang pelik sehingga menyebabkan dia pekak dan menghidap tumor otak, lapor The Sun

Actually, baru-baru ni pun Presiden AS yang ke-45, Donald Trump disahkan dijangkiti virus Covid-19, so adakah ini petanda?

Baba dibesarkan di sebuah ladang dan hilang keupayaan untuk melihat berpunca daripada ribut pasir. So lepas daripada tu, dia menggunakan ‘deria kedua’ untuk meramal masa depan, menurut peminatnya lah.

Tapi dalam ramalan banyak-banyak yang dibuat oleh Baba, ada je yang tidak terjadi.

Contohnya Baba pernah ramalkan akan berlaku perang nuklear diantara tahun 2010 hingga 2014, tapi tak ada apa pun terjadi.

So korang macam mana, rasanya ramalan Baba benar ke tak kali ni? Andainya benar maka tepatlah apa yang Baba ramalkannnn~~~

 

Baca : TERKINI: Donald Trump, Isteri SAH Positif Covid-19

Capture 9

Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.