in

Tak Mahu Keluarga Terbeban, Lelaki Hidap Kanser Nekad Gali Lubang Kubur Sendiri Untuk ‘Menetap’ Dalam Tu Sampai Nafas Akhir

Ft Kubur Final E1624757729597

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga emas dari wilayah Hunan, Selatan China ini dikatakan telah menderita penyakit kanser sehingga menyebabkan dia nekad mengupah beberapa orang pekerja untuk menggali lubang kubur untuk dia menetap di sana selepas dia hilang harapan untuk sembuh.

Lelaki yang berusia 79 tahun itu juga terpaksa menahan sakit selepas perlu menjalani beberapa siri rawatan dalam usaha untuk ‘memerangi’ kanser limfoma yang dihidapinya.


Untuk pengetahuan korang, kanser limfoma yang dihidapi oleh warga emas itu adalah sejenis kanser darah yang boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat segera.

Disebabkan keadaan kesihatannya yang berterusan merosot dari sehari ke sehari, dia juga dikhabarkan pernah cuba untuk membunuh diri gara-gara tidak mahu menjadi beban kepada isteri dan anak-anaknya yang lain.

 

Tak mahu keluarga terbeban, upah orang gali lubang kubur

Gara-gara tidak mahu keluarganya terbeban untuk menjaganya, warga emas itu bertindak menggali lubang kubur dan tinggal di dalamnya sehinggalah dia berjaya dikeluarkan dari dalam lubang itu oleh pihak polis pada hari Sabtu yang lepas.

Kubur Tarik

Menurut laporan Daily Mail, rakaman video yang dimuat naik oleh penduduk kampung itu tular di media sosial sehingga meraih perhatian netizen.

Dalam video itu, lelaki itu dilihat sedang duduk di dalam sebuah tiub yang diletakkan pada bahagian bawah lubang tanah yang digali sambil dikelilingi oleh pihak berkuasa dan juga orang kampung.

Feat Kubur

Menurut laporan, disebabkan gagal menyembuhkan diri selepas pelbagai jenis rawatan dilakukan, warga emas itu telah pulang ke kampung halaman bersama anak lelakinya untuk merancang urusan ‘pengebumian’ tersebut.

 

Nak tinggal dalam tu sampai ajal menjemput

Pada hari Sabtu yang lepas, warga emas itu bertindak untuk memanjat masuk ke dalam lubang kubur itu dan mendakwa bahawa dia akan terus tinggal didalamnya sampai ajalnya tiba.

Tambah pihak penguasa yang enggan dikenali, dia mendedahkan bahawa lelaki warga emas itu,

Dia berada dalam keaadan yang sangat sakit. Dia rasakan dirinya tidak boleh bertahan (hidup) dengan lebih lama. 

Anak lelakinya cuba untuk memujuk ayah mereka supaya mengikuti mereka pulang ke rumah namun pujukan itu gagal. Dia akhirnya meninggalkan kawasan kubur itu setelah ayahnya meminta dia pulang dan membawa sedikit makanan.

 

Turut kelar tangan dengan pisau 

Apa yang lebih menyayat hati, lelaki tua itu bukan sahaja hanya ‘mendiamkan’ diri di dalam kubur tersebut, malah dia turut mengelar pergelangan tangannya sendiri sehingga berdarah dengan menggunakan pisau yang turut dibawanya bersama.

Walau bagaimanapun, nyawa lelaki itu diibaratkan sebagai “berpantang maut sebelum ajal” apabila dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang bertindak untuk menghubungi pihak polis.

Selepas dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lelaki itu kini dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil dan telah pun pulang ke Beijing bersama anak lelakinya pada hari Ahad yang lepas.

Allahu, kesiannya. Min faham pesakit kanser ni perlukan banyak sokongan moral dari ahli keluarga.

Baca: Disahkan Menghidap Kanser Tahap 3, Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat 16 Baca Kanser

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.