in

Syarikat Ini Buat Kejutan Beri Bonus Wang Tunai RM19,000 Kepada Setiap Pekerja!

Duitk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua syarikat pemurah mahu memberikan bonus kepada pekerja mereka, apatah lagi dalam jumlah yang sangat besar. Pun begitu, pasti ramai yang mahu bekerja di sebuah syarikat di China ini apabila syarikat tersebut dikatakan memberi bonus yang sangat besar nilainya kepada pekerja-pekerja mereka.


Menurut Astro Awani, sebuah syarikat yang berpengkalan di timur China, Syarikat Fangda Special Steel mungkin boleh dinobatkan sebagai majikan paling pemurah apabila memberikan bonus berjumlah 160 juta Yuan atau bersamaan dengan RM99.6 juta kepada kesemua pekerja!

D3
sumber: astro awani

Pemberian bonus tersebut dikatakan membabitkan seramai 5000 orang pekerja dengan masing-masing menerima bonus bernilai 32,000 Yuan atau bersamaan dengan RM19,840. Manakala pekerja yang telah bersara dan berusia lebih 60 tahun pula akan menerima wang tunai sebanyak 3000 Yuan (RM1859). Wah yang bersara pun dapat!

Bukan dalam bentuk cek mahupun pemindahan bank, bonus tersebut diberikan kepada pekerja-pekerja yang bekerja di syarikat itu dalam bentuk wang tunai. Pekerja akan beratur dalam barisan dan menunggu giliran mereka untuk memasukkan wang tunai tersebut ke dalam karung masing-masing.

D1
sumber: scmp

Difahamkan, ini bukan kali pertama anak syarikat tersebut memberikan bonus kepada pekerja-pekerja mereka. Sebelum ini mereka pernah tular di internet kerana memberikan bonus secara tunai kepada pekerja yang bekerja di situ. Bonus tersebut diberikan selepas pengeluaran dan keuntungan syarikat itu mencecah tahap tertinggi pada tahun lalu.

D2
sumber: qichamoa

Syarikat tersebut dikatakan telah menghabiskan wang berjumlah 600 juta Yuan (bersamaan RM372 juta) untuk memberikan bonus kepada pekerja-pekerja mereka sejak tahun 2011. Harga besi yang melambung tinggi dikatakan menjadi punca syarikat tersebut berjaya mengaut keuntungan berlipat ganda.

Baguslah majikan syarikat ini, tidak lupa jasa dan penat lelah pekerja. Zaman sekarang susah nak dapat bos yang hargai staf mereka….

Baca: “Mudah lepas tanggungjawab!” – Lelaki Dedah Syarikat Insuran Enggan Bayar Bil Hospital

Goo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.