in

“Mudah lepas tanggungjawab!” – Lelaki Dedah Syarikat Insuran Enggan Bayar Bil Hospital

Hell Yes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan individu mengambil insurans untuk memudahkan kehidupan mereka di hari yang mendatang. Sebagai contoh, kegunaan insurans ini sangat bermakna jika pemegang polisi dikejarkan ke hospital dan memerlukan bayaran yang secepat mungkin untuk melicinkan urusan perubatan.


Namun apa gunanya insurans yang dibayar setiap bulan jika mereka lepas tangan daripada melakukan tanggungjawab tersebut? Menerusi perkongsian Zulkefli Nordin di Facebook, syarikat insurans terkenal di Malaysia telah dituduh enggan melunaskan bayaran bil di hospital dengan memberi alasan yang tidak munasabah. 

Hospital Bed
gambar hiasan

“Bulan Februari yang lalu Prudential enggan cover bil hospital isteri saya berjumlah RM24,000. Pelbagai alasan mereka bagi. Dalam kepayahan kami bayar juga bil hospital. 

“Bayangkan untuk menyediakan wang berjumlah RM24,000 di hujung minggu! Kami diyakinkan boleh membuat tuntutan selepas keluar wad dengan Prudential. Malangnya sehingga kini, sudah lebih enam bulan tiada apa-apa perkembangan,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, dia tetap membayar bayaran bulanan polisi insurans isterinya tanpa gagal. Prudential pula seperti tiada apa-apa yang berlaku langsung tidak memberi sebarang alasan bertulis untuknya meneruskan atau berhenti daripada membuat bayaran. Eh tak profesional betul! 

“Apa yang diyakinkan kepada kami adalah sabar, sabar dan terus bersabar. Saya simpati dengan kesungguhan agen Prudential kami yang juga sahabat baik keluarga kami untuk membantu. 

“Tetapi apakan daya, Prudential seperti tidak ada perasaan untuk melihat isu ini sebagai isu yang membebankan pemegang polisinya!” tulis Zulkefli.

Thumbnail Our Group
gambar hiasan

Malah bukan syarikat insurans Prudential saja dituduh berkelakuan begitu. AIA juga dikatakan bertindak serupa!

“Semalam anak saya hadir ke Unit Kecemasan Hospital Tropicana Kota Damansara kerana beliau demam agak panas dengan batuk yang agak teruk. Jam 4 petang dia mula dirawat di Wad Emergency Hospital Tropicana Kota Damansara.

“Malangnya sehingga jam 8 malam barulah AIA memutuskan untuk tidak meluluskan Surat Jaminan (GL) mereka! Anak saya diarahkan membayar bil sendiri terlebih dahulu. 

“Bila isu ini dirujuk kepada doktor yang bertugas, doktor tersebut sangat kecewa dengan tindakan AIA. Terkeluar daripada mulut doktor itu sendiri bahawa beliau memang fed up dengan cara syarikat insurans bekerja!” 

Farmasi Hospital Serdang
gambar hiasan

Hal ini juga menurut doktor tersebut bukanlah kali pertama berlaku, malah sudah ramai pesakitnya yang terkena. Pun begitu, atas budi bicara doktor tersebut beliau sekali lagi menghantar laporan perubatan kepada AIA dengan menjelaskan keadaan penyakit anak pengadu.

Menurut doktor tersebut, pesakit hanya mengalami demam panas dan jangkitan kuman pada saluran pernafasannya. Namun dia terpaksa dimasukkan ke wad dengan segera kerana tubuh pesakit memerlukan antibiotik dengan secepat mungkin.

23905724 1947713655240631 2087734208768802049 N
sumber: facebook

Menyedihkan, sekali lagi AIA memberi alasan bahawa mereka perlu mengkaji kes tersebut dan pesakit dinasihatkan membayar kos perubatan terlebih dahulu. Aduhai! 

“Apakah begini caranya syarikat insurans di Malaysia mengumpul kekayaan dengan memperdaya pemegang polisinya?

“Apakah mereka menganggap terlalu mudah dengan meminta pemegang polisi membayarnya terlebih dahulu? 

“Apabila bil dibayar oleh pemegang polisi, bila pula tuntutan boleh diluluskan? Lihat sahaja pada kes Prudential yang dihadapi oleh isteri saya. Sehingga kini bil bayaran RM24,000 yang kami bayar entah bila nak diputuskan?

“Janganlah perbodohkan rakyat. Bank Negara perlu tegas dalam isu ini. Terlalu mudah syarikat insurans di negara ini melepaskan tanggungjawab mereka!” katanya marah.

Menurutnya lagi, kes ini perlukan perhatian dan ketegasan daripada kerajaan. Terdapat banyak lagi mangsa yang pernah berada di situasinya dan teraniaya dengan syarikat insurans ini.

Perkongsian ini rata-rata telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang pernah mengalami situasi yang sama seperti pengadu ini. Kebanyakannya memilih untuk menamatkan perkhidmatan insurans yang membawa masalah. Ramai juga yang dah terkena nampaknya ye! 

Komentatr
sumber: facebook

Jikalau betul hal seperti ini berlaku, pihak kerajaan perlulah ambil tindakan yang sewajarnya buat syarikat yang terlibat. Kasihan individu di dalam kesusahan teraniaya.

Baca: Jika Ambulans Melanggar Kenderaan Anda, Bolehkah Anda Tuntut Insurans? Ini Apa Kata Polis…

Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.