Kali ini kami nak kongsikan dengan anda tentang kehidupan di sebuah penjara iaitu penjara HMP Cookham Wood di Rochester, Kent, England di mana banduan di sana diberikan kemudahan sofa, TV dan alatan muzik untuk hidup di dalam sana.
Memetik laporan The Sun, penjara itu menempatkan banduan muda belia yang berada dalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun.
Difahamkan, tempat berkenaan turut menyediakan alatan seperti enam buah gitar dan pemain DVD agar banduan boleh menggunakannya ketika masa lapang mereka.
Menurut sumber, penjara itu dilaporkan menyediakan kemudahan terbabit dengan harapan jika banduan dilayan dengan baik, mereka akan berubah ke jalan yang benar.
Kebanyakan banduan muda itu dipenjara akibat kes jenayah ganas dan kesalahan melibatkan dadah. Ruang rehat juga turut disediakan buat banduan yang paling berkelakuan baik.
Difahamkan juga, penjara ini diinspirasikan daripada penjara di negara Scandinavia di mana mereka memfokuskan kepada program pemulihan dalam kalangan banduan agar betul-betul berubah. Ada sesetengah sel penjara dorang tu pun dah macam bilik hotel tau!
Apa pulak pendapat korang? Rasa-rasa penjara selesa macam ni boleh buat banduan tu lagi cepat insaf ke?
Sumber: The Sun