in

“Sumpah rasa terharu” – Respek! Ketika Dilanda ‘Protest’, Rakyat Amerika Masih Lindung Bangsa Islam Disana Ketika Sembahyang

Featured Image 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial tentang rusuhan tunjuk perasaan atas kematian George Floyd di Amerika Syarikat masih belum lagi tamat.


Lagi menakutkan, hari demi hari, keadaan bertambah semakin buruk dan agak tidak terkawal apabila terdapat beberapa individu yang berani memecah kedai untuk mencuri barang.

Walaupun kita banyak melihat kesan negatif terhadap isu tersebut, namun ada satu perkara yang menjentik hati kita semua, terutamanya mereka yang beragama Islam.

Menerusi akaun Twitter Stance Grounded, dia telah memuat naik satu rakaman yang menunjukkan orang non-muslim membuat bulatan besar untuk jadikan ruang bagi orang Islam disana menunaikan solat.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di kawasan protest Black Lives Matter di Brooklyn, New York. Memang respek dengan dorang ni!!!

Apa yang dilihat, tujuan bulatan itu untuk memastikan rakyat Islam disana dapat menunaikan solat dengan selamat tanpa sebarang gangguan daripada pihak polis.

Walaupun rusuhan tersebut dibuat tanda menunjuk perasaan kemarahan, namun kewajipan sebagai umat Islam iaitu solat lima waktu tetap di laksanakan.

Apa yang menarik, mereka telah tunjukkan nilai murni di sebalik rusuhan. Agama bukanlah pemisah antara manusia, tetapi sikap kemanusiaan yang memainkan peranan.

Islam2

Islam3

Islam4

Untuk pengetahun, George Floyd ditahan polis kerana di dakwa membuat pembayaran menggunakan duit palsu.

Apa yang kejam polis itu menahan dengan cara meletakkan lututnya diatas leher George Floyd hingga menyebabkan kematian. Dari situlah mulanya protest ini.

Minta jauhlah dari negara kita perkara seperti ini, tak elok tau guys…

 

Baca: “Daripada bash aku, apa kata terima kasih kat aku!” – Dituduh Curi Perhatian, Remaja Rakam George Floyd Alami Trauma Teruk

Annotation 2020 06 05 111242

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.