in

“Sumpah, aku tabik dengan brader brader Poslaju ni. Dah nak masuk waktu berbuka…”

Pos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar bahagian kiri di atas adalah untuk tujuan ilustrasi


Sebagai seorang pekerja, kita sememangnya harus menggalas tanggungjawab dan amanah dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, jika anda diberikan kerja yang perlu diselesaikan sebelum waktu yang ditetapkan, lakukannya tanpa mengeluh. Barulah pekerja cemerlang namanya.

Seorang netizen baru-baru ini berkongsi di Facebook tentang rasa bangganya dengan pekerja penghantar parcel. Melalui status itu, Riduan A-dullah menulis,

Cuba korang tengok waktu penghantaran parcel tu. 6.43 pm dah hampir dengan waktu berbuka! Sumpah, aku tabik dengan brader-brader Poslaju ni.”

Bersama-sama status itu, dia turut muat naik gambar screenshot yang diambil di website Poslaju menunjukkan masa penghantaran barang.

Courier
sumber: facebook

Menurut Riduan, dia salute dengan mereka yang bekerja meskipun ketika sudah hampir waktu berbuka.

Dah nak masuk waktu berbuka pun masih gigih dan giat hantar parcel sebelum hari raya. Entah dekat mana dia berbuka. Entah sempat beli juadah ke tidak. Entah berapa lama dah dia di jalan raya.”

Tidak perlu diperkatakan lagi tentang kepenatan mereka yang meredah cuaca panas terik atau hujan demi menggalas tanggungjawab dan amanah supaya barang sampai di tangan pelanggan.

Kadang kala di sebalik rungutan dan keluhan kita dengan kelewatan penghantaran, pernahkah sekali kita fikirkan kepayahan dan cabaran yang mereka lalui untuk pastikan kita dapat juga barang? Pernah anda ucapkan terima kasih kepada mereka selepas terima barang? Pernah anda berikan mereka senyuman di saat mereka kepenatan?

Pos4
gambar hiasan

Oleh itu, Riduan menyarankan agar sesiapa yang menanti barangan mereka untuk dihantar supaya menyediakan air kotak atau sedikit juadah berbuka seperti kuih atau kurma.

Andai kata brader brader ini sampai waktu dah nak berbuka, hulurkanlah. Terima atau tidak, itu belakang cerita. Orang sudah berbudi, kita berbahasa, bukan?”

Barang
gambar hiasan

Riduan turut mengucapkan terima kasih mewakili semua rakyat Malaysia kepada semua pekerja penghantar parcel yang tidak disanjung seperti pekerjaan yang lain.

Kalian semua antara unsung heroes menjelang hari raya. Tabik!!”

Betul juga tu, mentaliti rakyat Malaysia anggap kerja despatch ini satu kerja yang mudah dan dipandang rendah. Padahal besar jasa mereka pada kita tau!

Baca: Tetap Jaga ‘Amanah’ Walaupun Cedera, Posmen Ini Dapat Pujian Netizen

Posmen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.