“Sukalah tu dah takde tanggungjawab kat suami” -Netizen Sibuk Pertikai Mawar Karim Bersolek & Keluar Rumah Ketika Edah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hampir seminggu bercerai dengan bekas suami, nama Mawar Karim kembali menjadi sebutan netizen lepas dia dikatakan telah bersolek dan keluar rumah ketika waktu edah.

Mawar mula mendapat kritikan daripada netizen lepas dia telah memuat naik gambar di Instagram bersama anaknya, Wan Maryam keluar berjalan-jalan ke pusat membeli belah semalam.

 

“Dalam edah kan… beringatlah… minta maaf menegur” 

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di posting tersebut dilihat seperti tidak puas hati langsung dengan tindakan bekas isteri pelakon Fizo Omar ni yang dikatakan telah keluar rumah dan lengkap bersolek ketika waktu edah. 

Haih korang ni, dulu Bella Astillah… kali ni Mawar pulak yang kena? 

Sumber: Instagram

 

“Isteri yang bercerai hidup boleh keluar rumah. Tapi…” 

Dalam banyak-banyak yang mengecam ada juga yang berpendapat Mawar mungkin dah minta kebenaran Fizo untuk keluar bersama Maryam. Malah isu bersolek ketika waktu edah ni pun tak patut wujud sebab mereka ni bercerai hidup dan bukannya bercerai mati.

Sumber: Instagram

Min harap kedua-duanya, sama ada Fizo mahupun Mawar bertabahlah hadapi dugaan ini. Biasalah mulut orang, kita mana boleh tutup kan? 

Baca: “Ibu bukan punca saya dan mawar bercerai” – Fizo Omar Minta Netizen Henti Spekulasi Salahkan Ibu Dan Keluarganya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!