in

“Ibu bukan punca saya dan mawar bercerai”- Fizo Omar Minta Netizen Henti Spekulasi Salahkan Ibu Dan Keluarganya

Featured 29
Lobak Merah
Lobak Merah
"Ibu bukan punca saya dan mawar bercerai"- Fizo Omar Minta Netizen Henti Spekulasi Salahkan Ibu Dan Keluarganya
Loading
/

Tanggal 10 Julai lalu negara digemparkan dengan berita penceraian pelakon dan usahawan terkenal Fizo Omar dengan Mawar Abdul Karim sehinggakan banyak spekulasi timbul berhubung kisah perpisahan mereka.

Namun spekulasi yang boleh dikatakan paling hangat apabila ibu Fizo sendiri iaitu Hasnah Jidin didakwa sebagai punca perpisahan Fizo dengan Mawar.

Betul ke mak Fizo yang sebabkan cerai? Mawar dengan ibu mentuanya tak sebulu?

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar berkata perceraian yang berlaku adalah di atas persetujuan bersama dan tiada campur tangan keluarga dia mahupuan Mawar, lapor kosmo.

Ramai yang mengecam ibu dan keluarga saya sebagai punca kami bercerai selepas Mawar mengeluarkan kenyataan berkorban kasih sayang demi keluarga Fizo Omar. Saya sendiri tidak pasti tentang maksud kenyataannya tetapi saya tahu Mawar orang yang baik dan tidak akan memburukkan mak mentua sendiri”

2 9
Sumber : instagram

Justeru Fizo meminta netizen untuk berhenti mengecam atau meletakkan kesalahan sebab penceraian dia dengan Mawar adalah disebabkan ibunya.

Katanya hubungan Mawar dengan ibunya amat baik dan tidak mempunyai apa-apa masalah biarpun selepas perceraian berlaku.

“Cukup-cukuplah membuat kesimpulan sendiri, kalau betul sayangkan kami berdua, doakanlah yang baik-baik untuk saya dan Mawar.”

Fizo dan Mawar yang berkahwin pada 2013 dan memiliki seorang cahaya mata, Wan Maryam bercerai pada 10 Julai akibat tiada persefahaman dalam rumah tangga.

Tonton video penuh di bawah :

 

Orang okay kata bergaduh, haishhh!

Baca : Sampai sini saja untuk saya cari chemistry Fizo  sekeluarga Mawar Sangkal Dakwaan Orang Ketiga Punca Cerai

Sampai