“Suck my ….” – Gadis Ini Cari Bilik Sewa, Tapi Tuan Rumah Offer Free Stay Kalau Dapat ‘Main’

Nak cari bilik sewa tak pasal-pasal wanita ini kena gangguan seksual daripada seorang lelaki gatal ni. Jadi, wanita diluar sana kena hati-hati kalau nak ‘deal’ dengan landlord lelaki diluar sana.

Mula-mula nampak macam ok, lepas dapat tengok harga sewa bilik yang ditawarkan berpatutan, dia pun bukalah gambar profil dalam Facebook si tuan rumah ni. Ya lah nak semak latar belakang lah katakan.

 

Offer bagi duduk ‘free’ tapi…

Menurut wanita ini profil dia tu, tak ada lah mencurigakan pun tapi bila dah berbual lama sikit terus jadi melampau.

Daripada screenshot mesej yang wanita ini dedahkan, ia menunjukkan perbualan itu daripada urusan sewa bilik berubah kepada gangguan seksual.

Awal-awal tanya perihal kerja sampai lah ke status hubungan, lepas tu bila wanita ini reject dan nak cari tempat lain, terus dia hantar mesej bukan-bukan. Jijik bila baca!

Hantar mesej lucah sampai ajak buat benda bukan-bukan.

 

Mungkin tak buat kaji selidik dengan lebih mendalam, bagi admin gambar profil dan iklan tu dah terang-terang tak boleh dipercayai sebab menurut sumber, gambar bilik yang dia iklan kan tu macam bilik kat satu hotel di Singapura.

Hurm tak apa lah apa pun gadis tersebut dah buat report polis dah pun. Cuma kena ambil langkah berjaga-jaga, gambar profil sahaja tak cukup untuk membuktikan bahawa identiti seseorang itu sahih.

 

Baca : Diganggu Secara Seksual Masa Memandu, Wanita Ini Kongsi Pengalamannya

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?