in

Suami Bengang Isteri Tak Minta Izin Pergi Umrah, Doa Tak Selamat 10 Malam Terakhir

Doa Isteri Tak Selamat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, banyak betul kisah rumah tangga yang dikongsikan di media sosial yang menarik perhatian ramai.


Salah satunya kisah yang menjadi perbualan hebat netizen semalam adalah berkenaan seorang suami yang kesal dengan sikap isterinya sendiri.

Menerusi tangkap layar yang tular di X, seorang suami meluahkan rasa tidak puas hati terhadap isterinya sendiri kerana tidak meminta izin untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Gkh6Bgda0Aatf0F

Artikel berkaitan: “Tak boleh mesej lelaki lain” – Suami Isteri Terpaksa Bercerai Kerana Lafaz Taklik ‘Merapu’

Artikel berkaitan: “Orang yang tahu je macam mana” – Dilabel Kena Kifarah, Bekas Isteri Safee Sali Nafi Jadi Perampas

Disebabkan hal itu, dia juga berkata, yang dia ingin mendoakan isterinya supaya tidak selamat pergi menunaikan umrah ketika 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.

Doa saya pada isteri saya, dia tidak selamat pergi umrah pagi esok ini kerana tiada perbincangan dan tiada minta izin saya sebagai suami untuk ke sana buat umrah. 

“Sungguh sakit hati bila dia buat saya macam orang asing. 10 malam terakhir ini saya pulun doa yang dia tidak selamat dunia dan akhirat. Saya tidak maafkan dia dan saya tidak redha dia dunia dan akhirat,” tulisnya.

Lelaki berkenaan juga meminta rakan-rakannya mendoakan agar dia kuat menghadapi dugaan tersebut, selain dia juga mendedahkan isterinya itu telah menghina ibu bapa serta adik beradiknya sendiri.

Disebabkan mulut dia hina mak bapak adik beradik saya, saya buat keputusan untuk keluar rumah mertua balik ke negeri asal saya. 

“Serik sungguh berkahwin dengan orang ***** yang sorang ni bermasalah. Saya tau orang ***** semua baik belaka,” katanya lagi.

Posting tersebut mendapat komen yang pelbagai daripada netizen yang mana ada di antaranya bersimpati dengan nasib si suami, malah ada juga yang curiga mengapa seorang isteri boleh bersikap sedemikian.

Hina Isteri

Apa-apapun min gerun baca doa suaminya ni. Harap-harap kita tak tergolong sebagai isteri yang tidak diredai suami. 

Sumber: X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.