in

Strok Haba Dengan Kegagalan Pelbagai Organ Punca Kematian Kadet Palapes UiTM

Kes Pegawai Kadet Palapes Uitm Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam lagi, tular berkenaan kes kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang didakwa akibat buli.

Walau bagaimanapun, lewat malam semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kematian pegawai kadet berkenaan pada 13 November lalu berpunca daripada strok haba dengan kegagalan pelbagai organ.


2506441

Menurutnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 2.01 pagi dan siasatan diklasfikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan sehingga kini sembilan saksi sudah diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel berkaitan: Lagi Kes Buli Di UPNM, Senior Pij*k Junior Guna Kasut ‘Spike’

Artikel berkaitan: Tular Pelajar IPTA Maut Ketika Latihan, KPT Tunggu Laporan Penuh

Mangsa didenda buat tekan tubi sebelum rebah 

Tambah beliau lagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan yang dibuat bapa mangsa pada 15 November menyatakan menerima panggilan daripada Hospital Shah Alam pada 10 November memaklumkan anaknya dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pengadu juga dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa kejadian itu berlaku ketika sesi latihan di padang kawad yang dikendalikan seorang jurulatih Palapes UiTM Shah Alam.

Palapes 2

Menurutnya, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa menyertai Palapes di UiTM Shah Alam sejak akhir Oktober 2024 dan kini sedang menjalani ujian kecergasan sebelum latihan asas Palapes bermula tahun 2025.

“Pada hari kejadian, mangsa didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi larian.

“Mangsa dilihat melompat-lompat sebelum terjatuh dan rebah,” katanya.

Mangsa kemudian telah mendapatkan rawatan awal di Zon Merah dan ketika rawatan mangsa dalam keadaan separa sedar serta mengalami suhu badan yang tinggi.

Katanya, rawatan awal sudah diberikan dalam usaha untuk hidrasi mangsa bagaimanapun ia tidak memberi sebarang tindak balas positif.

2A21726F3D18040A4F139D42Bb5F8Ba0

Mangsa dilaporkan mengalami kekejangan dan rawatan susulan diberikan sebelum mangsa dimasukkan ke dalam ICU.

Tiada terkesan sebarang kecederaan luaran pada badan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.01 pagi, 13 November.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Asisten Superintendan Mohd Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025,” kata Hussein lagi.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.