in

“Sorok balik pokok keladi bunting” – Bapa Sanggup Terjun Lombong & Tinggal Anak 9 Tahun Demi Larikan Diri Daripada Polis

Terjun Lombong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi ingin meloloskan diri daripada pihak polis, seorang lelaki sanggup meninggalkan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun dan terjun lombong di Jalan Cenderawasih, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi semalam. 


Menurut Sinar Harian, suspek nekad berbuat demikian kerana dipercayai terlibat dalam satu kes curi yang mana ia memaksa polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung bersampan bagi mengesannya di lombong yang mempunyai kedalaman lebih 10 meter.

Pihak berkuasa juga mengalami kesukaran dalam mengesan suspek apabila lelaki terbabit katanya telah menyorok dan bernafas di sebalik pokok keladi bunting sebelum dia akhirnya ditangkap dan dibawa naik ke darat sekitar jam 12.30 malam. Aduhai.. 

885179

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz sebelum kejadian, pasukan peronda polis (MPV) telah ternampak kereta Proton Saga yang dipandu suspek berusia 41 tahun tersebut dalam keadaan mencurigakan di Jalan Sultan Azlan Shah.

“Polis meminta kenderaan diberhentikan, namun suspek bertindak memecut laju dan memaksa anggota mengekorinya sehingga kereta tersebut berhenti jalan mati di Jalan Cenderawasih. Suspek kemudiannya nekad melarikan diri dengan terjun ke dalam lombong.

“Anggota membuat pemeriksaan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki dalam kenderaan itu bersama pelbagai alat ganti kereta dan motosikal disyaki dicuri,” jelasnya.

 

885180
Anggota apm bawa mangsa yang cedera ke hospital

Menurut sumber, suspek akhirnya berjaya ditangkap selepas empat jam mengesannya di lombong tersebut.

Suspek yang mengalami luka di kepala dan calar di kedua-dua kakinya akibat terkena objek ketika terjun dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan. Manakala anak suspek pula telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas difahamkan mereka dua beranak sudah tinggal di dalam kereta selama sebulan.

Alahai… macam-macam ye yang jadi masa PKPB ni. 

Baca: “Dah mencuri, buat kecoh pula!” – Lelaki ‘Naik Hantu’ Serang Pekedai Dan Orang Awam Guna Parang 12 Inci

What

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.