in

[TERKINI] Inkues Nora Anne: Anjing Pengesan Bau ‘Sesuatu’ Di Pokok Belakang Rumah Penginapan Mangsa

Bb 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Prosiding kes inkues Nora Anne masih berjalan untuk menyiasat punca kematian gadis dari Ireland yang ditemui mati berdekatan dengan anak sungai pada tahun lalu.


Terkini, menerusi laporan Sinar Harian, Mahkamah Koroner memberitahu bahawa anjing pengesan telah menghidu ‘sesuatu’ di kawasan pokok buluh di belakang rumah penginapan keluarga mangsa.

B 2

Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja itu pada 4 Ogos 2019, anggota Unit Anjing Pengesan (K9) Pusat Latihan Polis (Pulapol) Koperal P D Manimaran, 29, berkata, pokok buluh tersebut terletak kira-kira 50 meter dari belakang Sora House.

“Ketika membawa anjing saya ke belakang Sora House, anjing itu berhenti di kawasan pokok buluh macam terbau sesuatu di pokok buluh itu yang terletak bersebelahan pagar dan saya kemudian terus menyelit di pagar itu”

 

B2 2

“Anjing saya kemudian terus membawa saya jalan ke depan dan naik turun bukit di luar kawasan The Dusun Resort sehinggalah anjing saya kehilangan jejak bau itu”

 

Operasi SAR kedua dijalankan namun tiada penemuan positif

Pada 7 Ogos 2019, operasi SAR kedua yang turut bertumpu di kawasan sungai di resort tersebut berdasarkan khabar angin yang menyatakan ada orang nampak seorang perempuan mandi di air terjun di situ, namun tiada sebarang penemuan positif diperoleh.

Manimaran turut memaklumkan, operasi SAR pada tarikh tersebut menyebabkan anjingnya mengalami kecederaan berikutan kawasan laluan pencarian yang agak berbahaya sehingga memaksa beliau memberi haiwan itu rehat selama lima hari.

Pencarian diteruskan pada 13 Ogos 2019 di sekitar kawasan Sora House memandangkan ibu mangsa percaya bahawa anaknya tidak akan pergi jauh dari tempat penginapan mereka. Namun usahanya masih tidak membawa kepada sebarang indikasi positif.

B1 1

Prosiding inkues di hadapan Koroner Mahmoonah Aid akan bersambung esok bagi mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi yang lain.

 

Baca: “Nora Anne masih hidup dan dalam ketakutan” – Keluarga Jumpa BOMOH & Diberitahu Anak Sebenarnya Tak Mati?

B3 2

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.