Tiada DNA asing ditemukan pada mayat Nora Anne Quoirin termasuk pada bahagian alat sulitnya menurut saksi keenam prosiding inkues kematian remaja Perancis-Ireland itu.
Memaklumkan kepada mahkamah Koroner Seremban hari ini, saksi tersebut yang juga Pengarah DNA Jabatan Kimia Petaling Jaya, Nor Aidora Saedon berkata ia adalah berdasarkan eksibit yang diberikan pihak berkuasa.
Eksibit pertama – Ujian swab atau calitan ahli keluarga Nora Anne
Eksibit kedua – Daripada mayat Nora Anne
Eksibit ketiga – Sampel yang diambil di tempat kejadian
Tugas saya adalah menganalisis eksibit dari tempat kejadian jenayah dan setahu saya laporan pertama bernombor 19FRB18998 adalah daripada eksibit pertama yang dihantar, semasa Nora Anne masih belum dijumpai.”
Sumber : Sinar Harian