in

“Smooth je dia ckp” – [VIDEO] Security Petah Bercakap, Sempat Selit Pickupline Dekat Gadis Tanya Arah

Fi Guard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernahkan jumpa dengan security atau pengawal keselamatan yang petah berkata-kata.


Kadang-kadang tu ada yang ramah dan cara percakapan dorang tu buatkan kita boleh terhibur dan berasa lebih mesra dengan mereka.

Tapi korang pernah tak jumpa pak guard yang pandai pickupline macam gadis ni jumpa.

 

Tengah nak tanya arah.. pandai selit pickupline

Beberapa hari lalu viral di media sosial telatah seorang security yang mampu membuatkan ramai ketawa melihatnya.

Sebuah video dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @fadhlinnnn menunjukkan dia dan beberapa orang kawannya sedang bertanyakan arah kepada pak guard tersebut.

Cara pak guard yang tengah tunjuk arah kepada mereka itu buatkan dorang jadi terhibur, tambah pula pengawal keselamatan itu bercakap dengan penuh lemah lembut. Lagi sukalah dorang mengusiknya.

Sudahlah bersopan santun, pengawal keselamatan itu pun pandai bagi pickupline dengan wanita-wanita tersebut. Baru je dia bertanya, terus dah buat dorang ni ketawa sebab tak expect langsung dia akan buat macam tu.

Perkongsian tersebut ternyata telah menarik perhatian ramai orang kerana sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih dari 1 juta views.

@fadhlinnnn_

kitorang nak tanya jalan je

♬ original sound – fadhlinnnn – fadhlinnnn

Amboi lepas dah bagi pickupline, terus lari dia sebab malu.

 

“Mesti akak tu lupa jalan balik”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen yang terhibur dengan karenah pak guard tersebut. Hingga ada bergurau mengatakan yang wanita itu mesti dah lupa arah diberi pengawal keselamatan tersebut.

Reak Guard 1 Edit

Reak Guard 2 Edit

Reak Guard 4 Edit

Reak Guard 3 Edit

Sempoi gila kalau ada pak guard boleh bergurau macam ni, dekat tempat korang pak guard dia macam ni juga tak?

 

Baca : “Saya cuma menggetok wajah perawat itu, bukan melakukan penganiayaan” – [Video] Pak Guard Tampar Nurse Sebab Ditegur Tak Pakai Mask

Foot Guard

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.