in

“SIS pertubuhan sesat” – Netizen Menyampah Sisters In Islam Nak Kerajaan Haramkan Khatan Untuk Bayi Perempuan

Collage 12

Selalunya, bila anak perempuan lahir, kita akan sunatkan dorang masa dorang bayi lagi. Majoriti umat Islam di Malaysia akan melakukan perkara ini dan ada juga yang tak.

Pertubuhan Bukan Kerajaan, Sisters In Islam (SIS) yang mempromosikan hak wanita berdasarkan ajaran Islam dan hak kemanusian berlandaskan Quran baru-baru ini, telah memberitahu FMT tentang rasa kecewa dengan sokongan kerajaan terhadap khatan perempuan walaupun perkara ini tak disebut di dalam Al-Quran.

Tambah NGO ini lagi, khatan perempuan hanyalah sebahagian dari budaya di Malaysia dan ia juga termasuk dalam kategori mutilasi alat kelamin wanita yang dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) diamalkan di Malaysia.

Sunat
Gambar hiasan

Ini kerana, ia melibatkan penyingkiran sebahagian atau sepenuhnya clitoris atau kulupnya dan ia melibatkan prosedur berbahaya terhadap organ pembiakan perempuan bukan untuk tujuan perubatan termasuk cucuk, tembus, gores, kikis dan lecuh.

Kata SIS lagi, pada Mei 2018, kementerian Wakaf Mesir telah mengisytiharkan semua bentuk mutilasi alat kelamin wanita adalah dilarang dalam agama.

Melarang mutilasi ini harus menjadi kewajipan agama pada semua negara Islam kerana kesannya memudaratkan. Ia juga tak diamalkan oleh majoriti negara Islam dunia seperti Arab Saudi dan Maghribi.

Bukan tu je, SIS juga berkata, salah satu masalah adalah bila umat Islam percaya, khatan perempuan itu wajib dan sebahagian dari budaya.

Kalau tak ada manfaat perubatan, bukan kewajipan agama dan tak ada manfaat untuk menjalankan khatan perempuan, kenapa nak buat?”

SIS juga mencadangkan khatan wanita ini perlu dilihat sebagai jenayah bagi melindungi bayi dan kanak-kanak dari mudarat.

Namun bagi netizen, lain pulak pandangan dorang…

Screenshot 2020 02 06 At 7.08.51 Pm

Screenshot 2020 02 06 At 7.10.00 Pm Screenshot 2020 02 06 At 7.11.05 Pm

Apa pendapat korang?

 

Baca: Penjelasan Telus Doktor Ini Kenapa Sunat Bukan Menzalimi Anak Perempuan Di Malaysia Dari Sudut Islam

Screenshot 2020 02 06 At 4.48.32 Pm