in

“Siapa bayar gaji you?” – 2 Bodyguard Dipukul & Diacu Pistol Kerana Berpuasa, Polis Tahan 4 Individu Semalam

Bodyguard

Semalam viral di media sosial kes mengenai dua orang bodyguard yang katanya telah dipukul, ditampar dan diacukan pistol oleh majikan mereka hanya kerana berpuasa.

Menurut Utusan Online, kejadian tersebut dipercayai berlaku pukul 10 malam pada 13 April lalu dan kedua-duanya dipukul dan dimarahi apabila mereka memberitahu yang mereka berpuasa selepas ditanya oleh majikan mereka ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang.

Blur 2

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi,  Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kejadian itu tidak terhenti di situ sahaja apabila kedua-dua mangsa telah mengikut suspek yang berusia 43 tahun ke rumahnya di Batu Nilam, Klang sebelum dipukul pula dengan sebatang rotan.

Apabila sampai di rumah suspek, kedua-dua mereka mendakwa telah dipukul dengan rotan dan diacukan pistol.

“Kedua-dua mangsa mengalami lebam pada bahagian belakang badan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya.

172739216 1868963736614661 3379742446338775635 N

 

Polis berjaya tahan 4 individu 

Menerusi siasatan polis, kedua-dua mangsa bekerja di sebuah syarikat dan dilantik sebagai pegawai peribadi suspek.

Mereka juga telah bekerja dengan suspek selama 3 hingga 7 tahun lalu dan punca kejadian dipercayai akibat suspek tidak suka mereka berpuasa pada bulan Ramadan dan memaksa mereka untuk tidak berpuasa.

Blur 1

“Bagaimanapun, Polis Klang Selatan ingin menegaskan bahawa kes ini tidak membabitkan sebarang isu perkauman.

“Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang- undang,” katanya, lapor Harian Metro.

Polis juga telah mengesahkan ahli perniagaan antara empat yang ditahan berkaitan kes tersebut. Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada 8.20 malam tadi di ibu kota hasil risikan polis.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan serta kesemua suspek akan direman di Mahkamah Klang hari ini.

Baca: “Jangan buat bini puok2 ni” – Viral Video Tiga Gadis Pukul Seorang Perempuan, Netizen Bengang Nak Cari Untuk Beri Pengajaran

Bini

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook